Ahad, 21 Mei 2017

Kolej Vokasional Ranaco Marine Sdn Bhd (Melaksanakan Program Kolej Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia)



BERMULANYA CERITA KITA

Image result for ranaco marine

Penubuhan Kolej Vokasional Ranaco adalah salah satu transformasi pendidikan yang bertujuan untuk meningkatkan bilangan kolej vokasional dan kolej kemahiran di Malaysia. Salah satu strategi adalah untuk menambahkan bilangan kolej vokasional dengan perkongsian antara sektor awam dan swasta. Pada 10 Julai 2013, Ranaco Marine Sdn Bhd secara rasmi telah dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengendalikan kolej vokasional melalui EPP sektor awam dan swasta: 13 kepada Kementerian Pelajaran.

Antara objektif yang ditekankan adalah menghasilkan graduan yang berbakat untuk menjadi separuh mahir dan mahir dalam pelbagai bidang teknikal dan maritim. yang kedua adalah peluang pendidikan dalam bidang kemahiran maritim, minyak & gas dan keselamatan industri. seterusnya ialah memperkasakan pendidikan vokasional bersamaan dengan pendidikan akademik, menyediakan kerjaya yang jelas dan laluan kepada pelajar dan melahirkan graduan berbakat yang mampu menjadi usahawan.

Antara program yang ditawarkan ialah Diploma Vokasional Malaysia Teknologi Marin, Diploma Vokasional Malaysia Kejuruteraan Kapal dan Diploma Vokasional Malaysia Pengajian Nautikal



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH RANACO MARINE

AMBANG KEMERDEKAAN MUSICAL ...