P E N D A H U
L U A N
Kursus keusahawanan merupakan salah satu modul
dalam modul insaniah bagi program diploma di Kolej Vokasional, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kursus ini wajib diambil oleh semua pelajar diploma yang
berada di semester pendek. Selaras dengan perkembangan pendidikan masa kini, kursus
ini disusun secara modular bagi menwujudkan susasana pembelajaran yang fleksibel
dan menilai kompetensi sebenar pelajar.
Dalam
kursus ini, pelajar akan diberi pendedahan secara terperinci tentang pengurusan
kewangan, kepenggunaan, konsep keusahawanan secara keseluruhannya dan proses
penyediaan Rancangan Perniagaan yang lengkap.
Penyediaan Rancangan Perniagaan yang menggunakan perisian dan peralatan
komputer dapat memantapkan lagi kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) pelajar. Penyediaan Rancangan
perniagaan ini juga membolehkan pelajar menilai fisibiliti peluang sesuatu
perniagaan yang ingin diceburi dan mengukuhkan minat kecenderungan terhadap
kerjaya keusahawanan.
Penghasilan
Rancangan Perniagaan yang mantap dan memenuhi standard piawaian dapat menarik
perhatian institusi kewangan untuk memberi pinjaman kepada pemohon. Disamping menghasilkan Rancangan Perniagaan
yang berkualiti, pelajar juga diajar untuk menerapkan dan mengamalkan etika
keusahawanan dalam perniagaan serta kehidupan harian.
Adalah
diharapkan dengan pendedahan kursus ini, dapat membekalkan pelajar dengan ilmu
pengetahuan dalam bidang keusahawanan sebagai persediaan ke pasaran kerja atau
menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu pilihan kerjaya. Dengan ini, dapat melahirkan dan membina
modal insan generasi usahawan muda yang berdaya saing dan mampu berdikari
seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan.
KURIKULUM STANDARD KOLEJ VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Modul
|
:
|
KEUSAHAWANAN
|
Kod
|
:
|
WKP
5003
|
Jam
Kredit
|
:
|
3.0
|
Prasyarat
|
:
|
-
|
HasilModul
|
:
|
Di akhir kursus,
pelajar akan dapat :-
1.
Mengaplikasi
amalan pengurusan kewangan, penggunaan dan konsep keusahawan dalam kerjaya keusahawanan. (C3, PLO1)
2.
Menghuraikan
tentang amalan dan prinsip keusahawanan dalam perniagaan dengan betul. (A3, PLO6)
3. Menghasilkan
Rancangan Perniagaan yang diterima dan bersesuaian dengan kehendak institusi kewangan
untuk mendapatkan pinjaman secara berkumpulan dengan menggunakan perisian komputer. (P3,
PLO8
KETERANGAN MODUL
|
Modul ini mengandungi 14 bab dan disusun supaya bersifat ‘hands-on’
dan dinamik. Ia meliputi pengurusan
kewangan, kepenggunaan, konsep dan ciri-ciri usahawan serta kelebihan kerjaya
usahawan. Pelajar juga diterangkan berkaitan dengan cara penyediaan rancangan
perniagaan.
Modul ini juga menekankan nilai moral dan etika keusahawanan yang patut diamalkan
oleh seorang usahawan. Ianya sebagai panduan kepada pelajar untuk menjadi seorang
usahawan yang beretika dan bermoral.
Modul ini juga membimbing pelajar menyediakan Rancangan Perniagaan yang
lebih berkesan dan bersistematik.Ianya meliputi pengenalan rancangan
perniagaan, latar belakang perniagaan, ringkasan eksekutif perniagaan,
deskripsi perniagaan, rancangan pengeluaran, rancangan pemasaran, rancangan organisasi,
rancangan kewangan dan cara menyediakan rancangan perniagaan yang lengkap. Pelajar juga dibimbing cara-cara penulisan laporan
yang betul dan membuat anggaran perbelanjaan menggunakan kemudahan teknologi maklumat
dan komunikasi.
Hasrat utama modul ini diperkenalkan adalah untuk membina individu dan masyarakat
yang boleh berdikari dan melahirkan lebih ramai generasi usahawan muda yang
berdaya maju.
STANDARD
KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN
Kursus : Keusahawanan
Semester : Pendek
MINGGU
|
JAM
|
STANDARD KANDUNGAN
|
STANDARD PEMBELAJARAN
|
KRITERIA PENCAPAIAN
|
||
MINGGU
1
|
1/4
|
1.0 Wang, sumber
pendapatan dan kerjaya.
Memahami penggunaan wang sebagai alat pertukaran dalam
transaksi dan mengaitkan kerjaya dengan pendapatan peribadi.
|
1.1 Menerangkan
definisi wang dan pendapatan.
|
1.1.1 Menerangkan
definisi wang dan pendapatan.
|
||
1.2 Mengenal
pasti sumber pendapatan.
|
1.2.1 Mengenal pasti sumber
pendapatan aktif dan pasif.
1.2.2 Mengira pendapatan sebenar
dan pendapatan boleh guna.
|
|||||
1.3 Menerangkan
kesan pendapatan kepada gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja.
|
1.3.1 Menjelaskan
kesan pendapatan kepada gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja.
|
|||||
2/4
|
2.0 Simpanan dan Pelaburan.
Memahami konsep simpanan dan pelaburan bagi merancang
dan mencapai matlamat jangka panjang.
|
2.1 Menerangkan tentang simpanan dan pelaburan.
|
2.1.1 Menyatakan definisi
simpanan dan pelaburan.
2.1.2 Menjelaskan jenis-jenis pelaburan.
·
Pelaburan tunai dan faedah tetap
·
Bon
·
Harta tanah
·
Dana amanah saham
·
Saham
|
|||
2.2 Menerangkan
konsep nilai masa wang.
|
2.2.1 Menerangkan konsep nilai masa wang.
|
|||||
MINGGU 1
|
3/4
|
3.0 Pengurusan Kredit dan Hutang
Memahami pengurusan kredit dan hutang yang ditanggung
bagi mengekalkan kepercayaan pembiaya.
|
3.1 Menerangkan
tentang konsep kredit dan pelbagai jenis kredit termasuk faedah dan kos
masing-masing.
|
3.1.1
Menerangkan definisi kredit dan hutang.
3.1.2
Membandingkan 3 kategori hutang:
- Hutang bagi tujuan produktif
- Hutang untuk keperluan
- Hutang bagi membiayai gaya hidup
3.1.3
Menjelaskan peraturan untuk meminjam.
3.1.4
Menjelaskan jenis dan sumber pinjaman.
|
||
3.2 Memahami
tentang pengurusan kad kredit secara bertanggungjawab
|
3.2.1
Menjelaskan ciri-ciri kad kredit termasuk yuran tahunan, caj kewangan,
cukai kerajaan dan insentif.
3.2.2
Menjelaskan tentang kesan pembayaran minimum
|
|||||
3.3 Menerangkan tentang tanggungjawab sebagai peminjam
|
3.3.1
Menyatakan tentang faktor asas kelulusan pinjaman dan kepentingan
nisbah hutang kepada pendapatan kasar.
|
|||||
3.4 Menerangkan
cara mengelakkan daripada perangkap hutang.
|
3.4.1
Menjelaskan cara mengelakkan daripada perangkap hutang.
3.4.2Menjelaskan tanggungjawab dan risiko
seorang penjamin.
|
|||||
MINGGU 1
|
4/4
|
4.0 Kepenggunaan
Menghuraikan
konsep, undang-undang, isu, tip-tip dan organisasi berkaitan perlindungan pengguna
Menerangkandanmenghayaticiripenggunabijakdankonsepkepenggunaanlestari
(3
|
4.1 Menerangkan konsep perlindungan pengguna
|
4.1.1 Menerangkan
konsep perlindungan pengguna dari segi
(i)
Pendidikan
(ii)
Perundangan dan penguatkuasaan
|
||
4.2 Menyenaraikan undang-undang berkaitan perlindungan pengguna
|
4.2.1 Menyenaraikan undang-undang
berkaitan perlindungan pengguna yang dikawalselia oleh agensi kerajaan
|
|||||
4.3 Menyatakan perananTribunal Tuntutan Pengguna (TTPM)
|
4.3.1 Latarbelakang TTPM
4.3.2 Objektif Penubuhan
4.3.3 Bidangkuasa TTPM
4.3.4 Jenis-jenis tuntutan
4.3.5 Tatacara pemfailan tuntutan
|
|||||
4.4 Menyenaraikan NGO yang
terlibat dalam perlindungan pengguna
|
4.4.1 Menyenaraikan NGO yang bergiat aktif kearah isu kepenggunaan
|
|||||
4.5 Menerangkan
isu semasa berkaitan perlindungan pengguna
|
4.5.1
Mengenalpasti
bentuk penyelewengan dan penipuan pengguna
|
|||||
4.6 Memahami
amalan pengguna
bijak
|
4.6.1
Menerangkan tip-tip pengguna bijak
|
|||||
MINGGU 2
|
1/4
|
5.0 Pengenalan
Kepada Keusahawanan
|
5.1 Menerangkan definisi keusahawanan.
|
5.1.1 Menjelaskan
definisi keusahawanan dan perbezaan antara usahawan dan peniaga.
|
||
5.2 Menerangkan konsep keusahawanan
|
5.2.1
Menjelaskan
konsep keusahawanan berdasarkan empat unsure iaitu :-
·
inisiatif
yang berterusan,
·
mengambil
risiko,
·
mendapat
pulangan
·
menggembleng
sumber.
|
|||||
5.3 Menerangkan ciri-ciri keusahawanan
|
5.3.1 Menerangkan ciri-ciri keusahawanan iaitu kreatif, inovatif,
bertanggungjawab, berani mengambil risiko, gigih, bijak merebut peluang,
bijak mengurus kewangan dan berpandangan jauh.
|
|||||
5.4 Menerangkan kelebihan keusahawanan sebagai kerjaya.
|
5.4.1 Menerangkan
kelebihan keusahawanan sebagai kerjaya iaitu
i.
Peluang
yang tiada batasan
ii.
Pemilikan
perniagaan / organisasi
iii.
Punca
pendapatan / ganjaran
iv.
Membaiki
status diri dan masyarakat
v.
Satu-satunya
kerjaya yang boleh diwariskan
|
|||||
MINGGU 2
|
2/4
|
5.5 Menilai
potensi keusahawanan dalam diri
|
5.5.1 Menilai
potensi keusahawanan dalam diri pelajar
|
|||
5.6
Etika Keusahawanan
|
5.6.1 Menerangkan lima prinsip etika keusahawanan:
i. Prinsip Kemudaratan
ii. Prinsip Keadilan
iii. Prinsip Hak Manusia
iv. Prinsip Autonomi
v. Prinsip Ketelusan
|
|||||
3/4
|
6.0 Pengenalan Kepada Rancangan Perniagaan
|
6.1 Memberi
definisi dan tujuan Rancangan Perniagaan
|
6.1.1
Menjelaskanpengertian Rancangan Perniagaan iaitu
membolehkan projek dinilai secara objektif, kritis dan praktis.
6.1.2
Menjelaskan
tujuan Rancangan Perniagaan disediakan
i.
Panduan pengurusan perniagaan, kajian dan penilaian
pelaksanaan projek.
ii. Memberi
keyakinan kepada pihak-pihak berkepentingan
iii. Memaksimumkan
sumber-sumber untuk meningkatkan produktiviti
|
|||
MINGGU 2
|
6.2 Menyatakan
bahagian utama dalam Rancangan Perniagaan
|
6.2.1 Menyenaraikan
bahagian utama dalam membina Rancangan Perniagaan iaitu
i.
Pengenalan Rancangan Perniagaan
ii.
Tujuan Rancangan Perniagaan
iii.
Latar Belakang
Perniagaan
iv.
Ringkasan Eksekutif
v.
Deskripsi Perniagaan
vi.
Rancangan
Pengeluaran
vii.
Rancangan Pemasaran
viii.
Rancangan Organisasi
ix.
Rancangan Kewangan.
|
||||
4/4
|
7.0 Latar Belakang Rancangan Perniagaan
|
7.1 Menyatakan
maklumat yang perlu ada dalam latar belakang Rancangan Perniagaan dan
menyediakan latar belakang Rancangan Perniagaan yang lengkap.
|
7.1.1 Menjelaskan
maklumat dalam latar belakang Rancangan Perniagaan iaitu
i.
Latar
belakang perniagaan
a.
Nama Perniagaan
b.
Logo, visi dan misi perniagaan
c.
Alamat Tetap Perniagaan
d.
No. Telefon / Faks
e.
Taraf Pendaftaran
f.
Tarikh Pendaftaran Perniagaan
g.
No. Pendaftaran
|
|||
MINGGU 2
|
h.
Jenis Pendaftaran
i.
Modal Asal
j.
Tarikh Mula Berniaga
k.
Lain-lain Lesen
l.
Nama Bank
m.
No. Akaun Bank
ii. Latar belakang pemilik dan rakan kongsi
a.
Nama Penuh
b.
Kad Pengenalan
c.
Tarikh Lahir
d.
Jantina
e.
Alamat Tetap
f.
No. Telefon
g.
Taraf Perkahwinan
h.
Kursus
i.
Kemahiran
j.
Pengalaman Pekerjaan
k.
Pernigaan yang pernah diceburi
7.1.2 Mengisi
butiran latar belakang perniagaan dan latar belakang pemilik dan rakan kongsi
mengikut format yang disediakan.
|
|||||
MINGGU
|
JAM
|
STANDARD KANDUNGAN
|
STANDARD PEMBELAJARAN
|
KRITERIA PENCAPAIAN
|
||
MINGGU 2
|
4/4
|
8.0 Ringkasan
Eksekutif
|
8.1 Menyatakan
dan menyediakan maklumat yang perlu
ada dalam ringkasan eksekutif
|
8.1.1 Menjelaskan
maklumat yang perlu ada dalam
ringkasan eksekutif iaitu
i.
Definisi
ii. Tujuan
iii. Pandangan
menyeluruh
iv. Ciri-ciri
v.
Keperluan kewangan
vi. Pertumbuhan
8.1.2. Menyediakan ringkasan
eksekutif yang
lengkap.
|
||
MINGGU 3
|
1/4
|
9.0 Deskripsi Perniagaan
|
9.1 Menjelaskan
dan menyediakan deskripsi perniagaan berasaskan produk
|
9.1.1 Menjelaskan
deskripsi perniagaan berasaskan produk iaitu
i.
Produk yang dirancang untuk dipasarkan
ii.
Anggaran harga seunit
iii.
Anggaran kuantiti dikeluarkan sebulan dan anggaran jumlah
jualan sebulan
iv. Kebaikan
produk, kegunaan, spesifikasi, pembungkusan, reka bentuk, keistimewaan dan
faedah kepada pelanggan
v.
Perlindungan undang-undang untuk setiap produk
vi.
Kelulusan daripada pihak-pihak tertentu sama ada telah
diperolehi atau tidak untuk menjual produk tersebut.
9.1.2. Menyediakan
deskripsi perniagaan
|
||
MINGGU 3
|
2/4
|
10.0
Rancangan
Pengeluaran
|
10.1
Menjelaskan dan menyediakan maklumat yang perlu ada
dalam rancangan pengeluaran.
|
10.1.1 Menjelaskan
diskripsi perniagaan berasaskan produk iaituProduk yang dirancang untuk
dipasarkan
i.
Produk
ii.
Proses Pengeluaran
iii.
Carta Alir Proses
iv.
Operasi Pengeluaran
v.
Lokasi Pengeluaran
vi.
Bahan Mentah
vii.
Sumber Tenaga Kerja
viii.
Anggaran Perbelanjaan
Pengeluaran
10.1.2. Menyediakan rancangan pengeluaran.
|
||
MINGGU 3
|
3/4
|
11.0
Rancangan
Pemasaran
|
11.1
Menjelaskan dan menyediakan maklumat yang perlu ada dalam rancangan
pemasaran
|
11.1.1 Menjelaskan
maklumat yang perlu ada dalam rancangan pemasaran iaitu
i.
Target jualan
a.
Sasaran Pasaran
b.
Saiz Pasaran
c.
Persaingan
d.
Syer Pasaran
e.
Ramalan Jualan
ii.
Strategi pemasaran
a.
Produk
b.
Promosi
c.
Harga
d.
Agihan
11.1.2. Menyediakan Rancangan Pemasaran.
|
||
MINGGU
3
|
4/4
|
12.0
Rancangan
Organisasi
|
12.1
Menjelaskan dan menyediakan maklumat yang perlu ada dalam rancangan organisasi
|
12.1.1 Menjelaskan
maklumat yang perlu ada dalam rancangan organisasi iaitu
i.
Matlamat dan strategi
organisasi
ii.
Struktur dan rancangan
organisasi
iii.
Carta Organisasi
iv. Perjawatan dalam organisasi
v.
Keperluan Peralatan
pejabat
vi.
Anggaaran Perbelanjaan
Pentadbiran
12.1.2. Menyediakan Rancangan Organisasi.
|
||
MINGGU
|
JAM
|
STANDARD KANDUNGAN
|
STANDARD PEMBELAJARAN
|
KRITERIA PENCAPAIAN
|
MINGGU 4
|
1/4
|
13.0
Rancangan
Kewangan
|
13.1
Menjelaskan dan menyediakan maklumat yang perlu ada dalam rancangan kewangan
|
13.1.1 Menyediakan
Rancangan Perniagaan yang lengkap menggunakan aplikasi komputer:
i.
Kos projek
ii. Sumber pembiayaan
iii. Jadual-jadual Bayaran Balik dan Susut Nilai
a.
Jadual Bayaran Balik
Pinjaman
b.
Jadual Bayaran Balik
Sewa Beli
c.
Jadual Susut Nilai Aset
Tetap
|
2/4
|
iv.
Proforma
Penyata Kewangan
a. Proforma Penyata Aliran Tunai
b. Proforma Penyata Pengeluaran
c. Proforma Penyata Pendapatan
d. Proforma Penyata Kunci Kira-kira
|
|||
3/4
|
13.1.2
Menghitung
kos projek bagi memulakan sesuatu projek.
13.1.3
Menyediakan Rancangan Kewangan.
|
|||
MINGGU 5
|
2/4
|
14.0
Melengkapkan
Rancangan
Perniagaan
|
14.1
Rancangan Perniagaan Berasaskan Produk
|
14.1.1 Menyediakan
Rancangan Perniagaan yang lengkap menggunakan aplikasi komputer:
i. Penulisan
rancangan perniagaan menggunakan perisian pemprosesan perkataan seperti MS
Word
|
ii.
Penyediaan
penyata kewangan menggunakan perisian hamparan elektronik seperti MS Excell.
|
||||
2/4
|
14.1.2
Membentangkan
Rancangan Perniagaan
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan