Khamis, 25 Mei 2017

Soalan Januari 2017

BAHAGIAN A
  (20 markah)

Arahan : Jawab Semua Soalan.Tulis pilihan jawapan Soalan 1 – 10 anda di ruangan yang disediakan  pada muka surat 9.

1.         Definisi keusahawanan adalah merujuk kepada satu proses menggabungkan sumber

A.   pengeluaran bagi memenuhi kehendak manusia.
B.   asli seperti bijih, minyak dan kelapa sawit  dengan kemahiran manusia bagi menghasilkan industri.
C.   pengeluaran seperti baja, sumber manusia, pertanian dan maklumat untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi kehendak manusia.
D.   pengeluaran seperti tanah, bahan mentah, sumber manusia, modal, teknologi dan maklumat untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

2.          Dalam sesuatu perniagaan, rancangan perniagaan direncanakan bagi tujuan

                 A. menilai dan mengkaji prestasi perniagaan.
                 B. meminimumkan sumber untuk mengurangkan produktiviti.
                 C. dapat memaksimumkan pembaziran, penyelewengan dan kerugian.
                 D. menyediakan dokumen untuk diserahkan kepada bank  sebagai cagaran.       

3.         Pilih maklumat yang terdapat dalam latar belakang rancangan perniagaan.
             
                A. Logo, misi dan visi.
                B. Nama pesaing-pesaing.
                C. Pembekal atau vendor bagi barang-barang niaga.
                D. Nombor  telefon balai polis berhampiran dengan premis perniagaan.

4.         Anda  mendapat tawaran sebagai stokis bagi produk X dan anda mendapati produk tersebut  diusahakan oleh sebuah syarikat  tanpa mendapat perlindungan undang-undang.
Kemukakan langkah yang perlu diambil  jika  anda berminat dengan produk tersebut.

A.   Mendapatkan maklumat  tentang  status patuh syariah.
B.   Mendapatkan maklumat daripada stokis-stokis yang berpengalaman.
C.   Membuat  aduan kepada pihak berkuasa tentang tawaran yang meragukan.
D.   Mendapatkan maklumat mengenai syarikat tersebut melalaui Internet atau media sosial.               

5.   Encik Ah Hock seorang usahawan burung walit. Beliau tidak menjalankan

 perniagaan burung walitnya berdekatan dengan premis kediaman (pencemaran bunyi)’

Berdasarkan maklumat di atas,  jelaskan  prinsip yang diamalkan oleh Encik Ah Hock menurut etika keusahawanan.

    A. Prinsip autonomi.
    B. Prinsip ketelusan.
    C. Prinsip hak manusia.
    D. Prinsip keadilan.


 


6.             Satu perniagaan bernama Syarikat ABC Enterprise telah didaftarkan oleh Encik              Ahmad. Produk yang dihasilkan ialah Ais Kacang. Encik Ahmad berhasrat untuk membuat pinjaman dengan bank untuk menambahkan modal perniagaannya.
    

  
Buktikan bahawa syarikat Encik Ahmad adalah sebuah perniagaan berdaya maju.

A.   Salinan transaksi buku bank disediakan.
B.   Rancangan perniagaan Syarikat ABC Enterprise disediakan.
C.   Salinan geran tanah disediakan kepada pihak bank.
D.   Salinan slip gaji  dan kad pengenalan penjamin disediakan kepada pihak bank.

7.         Visi bagi sebuah organisasi perniagaan ialah “menjadi perniagaan yang berdaya maju dalam bidang IT”

            Kemukakan misi yang paling sesuai bagi organisasi tersebut.

A.    Mementingkan sumbangan kepada msyarakat.
B.    Pandai mengambil peluang kerana berpandangan jauh.
C.    Mengembangkan perniagaan secara kreatif dan inovatif.
D.    Memberi nilai pengalaman yang terbaik kepada pelanggan melalui  
 teknologi IT yang diniagakan.









Text Box: Dalam deskripsi perniagaan usahawan perlu menyatakan jenis produk, cara dan jumlah yang akan dikeluarkan oleh organisasi. Ia juga perlu menyatakan liputan dan syer pasaran yang akan dijangka oleh organisasi.
 


8.


           
Rumuskan pernyataan di atas.

A.   Kualiti produk yang dihasilkan tidak perlu diambil kira.
B.   Setiap kos yang berkaitan dengan produk tidak perlu direkodkan.
C.   Untuk menjadi usahawan, modal melalui skim pinjaman tidak diperlukan.
D.   Usahawan perlu menjelaskan produk yag sedang dipasarkan atau yang dirancang untuk dipasarkan.

9.         Cik Ani bercadang untuk menjalankan perniagaan pengubahsuaian rumah.
    
            Antara berikut, yang manakah pasangan yang betul tentang matlamat dalam 
            perancangan pengeluaran perniagaannya?

           
Matlamat
Keterangan
I
Bahan
Menentukan bahan binaan yang diperlukan
II
Modal
Mengenal pasti peralatan yang akan digunakan
III
Manusia
Mendapatkan ramai pelanggan
IV
Kewangan
Mempunyai simpanan di Bank Islam Malaysia Bhd.

           A.  I, II dan III                         
           B.  I, II dan IV
                       C.  I, III dan IV                                   
                      D. II, III dan IV

10.       Pilih prinsip-prinsip yang betul dalam penyediaan penyata proforma  aliran tunai.
              
                I.   Pastikan jumlah terimaan dan pembayaran.
                II.  Pertimbangan kesan bermusim seperti hujung minggu dan seumpamanya.
                III. Pertimbangan tempoh kredit yang diberi atau diterima.
                IV. Rekod susut nilai aset dikemas kini.

A.   I  dan II.
B.   I, II dan III.
C.   I, III  dan IV.
D.   II, III  dan IV.

11.       Suaikan perbezaan antara usahawan dan peniaga di bawah mengikut aspek yang sama.

USAHAWAN
·         Aktiviti untuk keuntungan, sumbangan kepada masyarakat dan negara.
·         Cipta suatu yang baru, buat pembaharuan produk untuk penuhi keperluan pelanggan
·         Sanggup terima risiko untuk memajukan perniagaan
·         Berpandangan jauh, cuba rebut peluang, bercita-cita tinggi, gigih dan yakin pada diri.
·         Seorang usahawan  juga seorang peniaga.

PENIAGA
·         Kurang sanggup hadapi risiko. Oleh itu, perniagaan tidak berkembang
·         Seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan.
·         Mementingkan keuntungan daripada aktiviti perniagaan
·         Mudah berpuas hati dengan apa yang ada
·         Hanya menjalankan aktiviti jual beli, tiada pembaharuan dan pengubahsuaian produk

    

                 











                                                                                                                    


                                                                                                                    (5 Markah)


12. Tuliskan ciri-ciri usahawan berdasarkan keterangan yang diberi.

Ciri-ciri Usahawan
Keterangan

Bekebolehan menjual, sesuatu produk atau idea baru dan asli.


Melakukan pembaharuan atau pengubahsuaian untuk mempertingkatkan atau memperbaiki mutu sesuatu produk.


Usahawan harus mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi didalam segala urusan perniagaan terutama kepada para pelanggan.

Berhati - hati dengan risiko akibat ketidaktentuan permintaan keatas barang yang dikeluarkan/perniagaan yang dijalankan

Usahawan cekal dalam menghadapi cabaran dan tidak akan mudah tergugat dengan sebarang masalah yang melanda.
                                                                                                                                   
( 5 markah )


RUANGAN JAWAPAN SOALAN 1 HINGGA 10.

NO. SOALAN
JAWAPAN
1.     

2.     

3.     

4.     

5.     

6.     

7.     

8.     

9.     

10.  



BAHAGIAN B
 ( 40 Markah )

Arahan : Jawab SEMUA soalan. Tulis jawapan anda pada ruangan yang disediakan pada setiap soalan.

SOALAN 1
Fir’zah Enterprise merupakan sebuah syarikat penternakanan. Penternakan yang dijalankan ialah menternak kambing. Kedudukan syarikat ini  terletak di 25400 Indah Warna, Maran, Pahang.Syarikat ini telah beroperasi sejak 1 Jun 2010
Jenis produk / perkhidmatan yang ditawarkan
·           Daging kambing
·           Susukambing
·           Kosmetik

Pembungkusan dan rekabentuk
·           1 kilogram  bagi setiap bungkusan daging
·           Produk yang unit yang pelbagai bentuk

Kelulusan
Kelulusan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Perlindungan
Dilindungi oleh JAKIM

JADUAL 1

Jadual 1 di atas merupakan deskripsi perniagaan Syarikat Fir’zah Enterprise.

( a ) Apakah maksud deskripsi perniagaan .

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                                                                                                                                                                                                                                                                              (2markah )

( b )  Jelaskan TIGA (3) perkara yang perlu dinyatakan di dalam deskripsi perniagaan.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                                                                                                                         ( 3 Markah)

( c ) Berikan TIGA (3) contoh skim pensijilan yang perlu diperolehi oleh Syarikat  Fir’zah
        Enterprise bagi mendapatkan keyakinan pembeli.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
( 3 markah )
( d ) Anda telah membeli  produk kambing Syarikat Fir’zah Enterprise dan mendapati
produk tersebut tidak menepati seperti yang tertulis seperti pada Jadual 1 . Nyatakan DUA (2) tindakan yang perlu diambil oleh anda sebagai pembeli produk tersebut?
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
( 2 markah )
SOALAN  2
 Rancangan pengeluaran perlu dijelaskan di dalam rancangan perniagaan. Ia meliputi aktiviti dalam menghasilkan produk  yang dapat memuaskan keperluan dan kehendak manusia. Maklumat yang perlu ada dalam rancangan pengeluaran ialah tentang produk dan perkhidmatan, proses pengeluaran, operasi pengeluaran, lokasi pengeluaran, bahan mentah, tenaga kerja dan perbelanjaan rancangan pengeluaran.

 

(a)  Nyatakan DUA (2) perbezaan di antara produk dan perkhidmatan yang terdapat dalam rancangan pengeluaran.






(4 markah )
( b ) Terangkan TIGA (3) kepentingan perancangan pengeluaran.






(3 markah )

( c ) Huraikan TIGA (3) faktor yang perlu diambil kira dalam susun atur ruang operasi.
           





(3 markah )
                       


SOALAN 3

                                   





    Motto Air Asia

(a)          Berikan TIGA (3) matlamat utama Syarikat Penerbangan Air Asia berdasarkan motto di atas.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                                                                                            ( 3 Markah )



(b)          Anda sebagai pengurus jualan tiket syarikat penerbangan, Nyatakan TIGA (3) strategi yang sesuai untuk meningkatkan keuntungan syarikat.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                                                                                            ( 3 Markah )

(c)          Nyatakan dan huraikan DUA (2) perjawatan yang mungkin ada dalam organisasi syarikat penerbangan.
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

                                                                                            ( 4 Markah )

SOALAN 4

JADUAL 2 berikut adalah penyata kewangan yang diperoleh dari Kedai Suhaimi sehingga 31 Disember 2015

PERKARA
DEBIT (RM)
KREDIT (RM)
Kenderaan
25,200.00

Lengkapan
8,700.00

Tunai di bank
10,200.00

Modal

40,000.00
Tunai ditangan
500.00

Penghutang
7,400.00

Pemiutang

6,320.00
Stok pada 31 Disember 2015
4,240.00

Ambilan
890.00

Untung bersih

10,810.00

JADUAL 2

(a)          Kira jumlah liabiliti atau hutang Kedai Suhaimi pada 31 Disember 2015. 
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

(1 Markah) 

(b)          Kira jumlah modal Kedai Suhaimi pada 31 Disember 2015.        ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
                                                                                                                  (3 Markah)

(c)          Kira jumlah aset bersih Kedai Suhaimi pada 31 Disember 2015.     __________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(6 Markah)


BAHAGIAN   C
(40 Markah)

Arahan : Jawab EMPAT (4) soalan sahaja

SOALAN 1

Encik Firdaus Ahmad pernah bekerja sebagai eksekutif kanan di syarikat minyak Petronas dengan suasana pejabat di Menara Berkembar Petronas, KLCC yang berprestij dan serba selesa. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memilih bidang keusahawanan, iaitu menjadi usahawan dalam bidang penternakan lembu dan kambing sepenuh masa.Beliau tidak menyesal meninggalkan kerja bergaji besar kerana yakin bidang keusahawanan boleh memberi pulangan lebih besar pada masa akan datang.
   
  
Berdasarkan kepada pernyataan di atas, senaraikan SEPULUH (10) sifat yang perlu dimiliki oleh Encik Firdaus bagi memastikan kejayaan Encik Firdaus dalam bidang keusahawanan?
                                                                                                                              (10markah )

SOALAN 2
Etika keusahawanan mempunyai prinsip-prinsip yang perlu diikuti untuk melahirkan usahawan berjaya dan dihormati melalui persaingan sihat.
Nyatakan dan huraikan LIMA (5) prinsip - prinsip etika keusahawanan berkenaan.
                                                                                                                             (10 markah)

SOALAN 3


Rancangan Perniagaan adalah satu pelan induk yang menunjukkan langkah yang akan diambil untuk memulakan dan memajukan perniagaan. Rancangan Perniagaan merupakan dokumen yang mengandungi maklumat terperinci berkaitan perniagaan atau projek yang akan dilaksanakan.


    Senarai dan huraikan LIMA (5) tujuan Rancangan Perniagaan yang perlu disediakan oleh usahawan.
                                                                                                                              
  (10 markah )



SOALAN 4

Encik Azlan baru mengusahakan perniagaan berasaskan ubi dan pisang.  Perniagaan milik Encik Azlan beroperasi berhampiran kawasan perumahan yang baru dibuka di Sepang, Selangor. Sebahagian besar penduduk berpendapatan sederhana. Pendapatan hasil jualan belum memuaskan.Beliau mempromosikan produk dengan cara meletakkan kain rentang di hadapan kedai.  Produk dibungkus bersaiz besar di dalam plastik lutsinar bagi memudahkan pelanggan melihat produk tersebut.Harga yang dijual mengikut harga pesaing. Tiga bulan terakhir ini pendapatan semakin merosot.

Sebagai pegawai pemasaran, senarai dan huraikan strategi pemasaran yang sesuai untuk meningkatkan pendapatan Encik Azlan dengan menggunakan mana-mana dua kombinasi kaedah 4P.                                                                                                           
( 10 markah )

SOALAN 5



Pendapatan
RM 10330.00
Komisen yang diterima
RM    325.00
Sewa dibayar
RM    660.00
Insurans
RM    500.00
Kadar bayaran
RM    300.00
Diskaun diberi
RM    250.00
Diskaun diterima
RM    582.00










JADUAL 3

Jadual 3 menunjukkan transaksi bagi perniagaan Syarikat Naga Api Berhad tahun berakhir pada 31 Julai 2015.
Sediakan Penyata Proforma Untung Rugi mengikut format yang betul.

( 10 markah )


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH RANACO MARINE

AMBANG KEMERDEKAAN MUSICAL ...