Isnin, 22 Mei 2017

Topik Silibus Keusahawanan (WKP 6063) - topik 1 - 4

MODUL KEUSAHAWANAN WKP 6063 MEMPUNYAI 12 SILIBUS BAGI PROGRAM TEKNOLOGI MARIN DAN PENGAJIAN NAUTIKAL. MANAKALA KEJURUTERAAN KAPAL PULA MEMPUNYAI 10 MODUL SAHAJA


Bab Pertama


Tajuk: Wang, Sumber Pendapatan Dan Kerjaya


Tujuan:

Pelajar dapat memahami penggunaan wang sebagai alat pertukaran dalam transaksi, ciri-ciri wang, jenis sumber pendapatan, mengira pendapatan dengan mengambil kira potongan wajib dan mengaitkan kerjaya dan pendapatan peribadi.

PENERANGAN

1.1 Menerangkan definisi wang, pendapatan dan kerjaya.

      1.1.1Wang

Wang atau duit merujuk kepada satu objek atau barag yang diterima masyarakat umum       dan sah disisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan           urusniaga. wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai unit akaun dan piawai langsaian hutang. wang tidak mempunyai nilai sebenar tetapi digunakan sebagai pengukur nilai           yang menjadi alternatif mudah kepada sistem barter
     
Selain itu, wang mestilah mempunyai nilai yang stabil dan kuasa beli yang tetap untuk memberi keyakinan kepada orang ramai. Dalam kegunaan harian wang dirujuk sebagai mata wang atau wang kertas dan syiling yang berada dalam edaran sesebuah negara yang mempunyai status tender sah seperti Ringgit Malaysia.

Ciri-ciri wang:

1. Diterima umum
2. Penawaran terhad
3. Kestabilan nilai
4. Tahan lama
5. Mudah dibawa
6. Mudah dibahagikan kepada unit yang lebih kecil

       1.1.2     Pendapatan
Pendapatan individu merupakan ganjaran yang diterima oleh individu dalam bentuk upah, gaji, faedah, sewa, keuntungan, dividen dan bayaran pindahan, biasanya dalam masa sebulan atau satu tahun, sama ada daripada kegiatan produktif atau tidak produktif.
1.1.2.1 Jenis sumber pendapatan
                        Sumber pendapatan aktif
Adalah hasil daripada pekerjaan atau usaha niaga anda. Sebaik sahaja anda berhenti bekerja atau berniaga, pendapatan aktif anda akan turut terhenti. Contoh pendapatan aktif termasuk gaji dan hasil keuntungan perniagaan.

            Sumber pendapatan pasif
Diperoleh daripada simpanan atau pelaburan. Pendapatan pasif tidak mengambil kira status pekerjaan anda. Contoh pendapatan pasif termasuk faedah atau keuntungan, sewa, dividen dan juga royalti.

1.1.2.2  Pendapatan boleh guna
Jumlah pendapatan sebenarnya atau pendapatan bersih yang boleh digunakan oleh seseorang individu selepas ditolak potongan wajib

Pendapatan boleh guna = pendapatan individu - potongan wajib

Komponen potongan terdiri .
1. Cukai Pendapatan Perseorangan
- Sumbangan Wajib Individu Kepada Kerajaan Yang Melebihi Satu Tahap Yang Ditetapkan
2. KWSP, PERKESO
- Caruman Pekerja Dalam Bentuk Kewangan Kepada Satu Badan Untuk Kegunaan Masa Depan
3. Zakat
- Sumbangan wajib individu Islam kepada satu badan yang ditetapkan selepas cukup ‘haul’ dan ‘nisab’nya.
1.1.3 Kerjaya
Suatu perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu profesion menggunakan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman untuk meningkatkan pendapatan serta taraf hidup.

1.1.3  Kesan pendapatan kepada gaya hidup, pilihan dan keputusan berbelanja.

Semakin tinggi pendapatan, semakin senang membuat pilihan, semakin selesa gaya hidup.








Bab Dua

Tajuk : Simpanan dan Pelaburan
           Tujuan:

   Pelajar dapat menerangkan konsep nilai masa wang, dan bagaimana simpanan/pelaburan dapat  membantu ke arah kesejahteraan kewangan dan meningkatkan kekayaan. 

           PENERANGAN

1.            Definisi simpanan dan pelaburan

            Simpanan
                        Wang yang telah disisihkan untuk masa hadapan bagi kegunaan semasa  kecemasan atau pembelian barangan yang bernilai tinggi contohnya wang pendahuluan untuk membeli motosikal atau kereta. Disyorkan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji bersih setiap bulan.

Pelaburan
Simpanan jangka panjang atau pembelian aset atau sekuriti seperti saham, bon  dan dana bersama bermatlamat untuk menambahkan kekayaan atau pendapatan masa hadapan. Contohnya wang yang dilaburkan untuk melanjutkan pelajaran, persaraan dan meningkatkan nilai harta bersih.

            Panduan memupuk tabiat menyimpan:
i.      Menabung sebelum berbelanja
-    Menabung sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan bersih anda.
-    Pastikan anda mempunyai simpanan kecemasan, iaitu sejumlah wang untuk perbelanjaan bagi tempoh minimum 6 bulan
-    Menabung secara automatik dengan menggunakan skim potongan gaji, auto-debit atau cara lain sepertinya.

ii.    Dorong diri anda dengan menetapkan matlamat kewangan
-    Tetapkan matlamat yang bermakna dan penting untuk menggalakkan diri anda menabung. Anda boleh menetapkan matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang

iii.   Jadikan tabiat menabung suatu cabaran
-    Selepas menabung 10% daripada pendapatan bersih anda, cabar diri anda untuk meningkatkan jumlah tabungan secara beransur-ansur.
iv.   Simpan sebahagian ‘Durian Runtuh’
-    Setiap kali anda menerima wang seperti bonus atau hadiah wang tunai, masukkan sebahagian wang itu ke dalam akaun simpanan anda.
-    Jika anda menerima kenaikan gaji, tingkatkan jumlah tabungan bulanan anda.

Bayar diri anda dahulu
     Simpan sebelum anda berbelanja bukan sebaliknya. Kebanyakan orang melakukan ini:

PENDAPATAN – PERBELANJAAN = SIMPANAN / PELABURAN


           Anda sepatutnya melakukan ini:

PENDAPATAN  - SIMPANAN / PELABURAN = PERBELANJAAN
                       
    Dengan cara ini, anda pasti dapat menyimpan sebahagian daripada pendapatan yang diperoleh setiap bulan.

2.         Jenis-jenis pelaburan

i.          Akaun simpanan
            Menyediakan kemudahan apabila anda memerlukan wang dan anda tidak mungkin kehilangan modal kerana ianya terjamin. Walau bagaimanapun, pulangan yang diperoleh adalah sedikit dan tiada pertumbuhan modal.
Sebenarnya pelaburan ini boleh menjadi berisiko pada jangka masa panjang kerana kesan inflasi yang boleh menghakis nilai pelaburan anda. Bagi kebanyakan pelabur,

akaun simpanan adalah sesuai untuk:
      digunakan sebagai akaun transaksi.
      menyimpan wang bagi perbelanjaan jangka masa pendek dan kecemasan.
      simpanan jangka masa pendek tanpa tanggungan risiko atas modalnya.

            ii.         Bon
Apabila anda membeli bon kerajaan atau bon syarikat, anda ‘meminjamkan’ wang anda bagi jangka masa tertentu pada kadar faedah yang telah ditentukan. Hasilnya, anda menerima pulangan pendapatan yang tetap melalui pembayaran faedah yang juga tetap.

          iii.          Harta tanah
Pelaburan harta tanah menawarkan nilai dalam dua cara:
•   Nilai modal asas harta tanah akan meningkat dalam sesuatu jangka masa apabila harga rumah dan tanah meningkat.
•   Anda dapat memperoleh pendapatan hasil penyewaan. Seperti juga saham, harga harta tanah boleh turun naik dan ada ketikanya memberi pulangan yang tinggi dan ada ketikanya pula memberi pulangan yang rendah. Oleh itu, pelaburan dalam harta tanah adalah sesuai bagi pelaburan jangka masa panjang. Faktor paling penting untuk dipertimbangkan apabila membeli harta tanah adalah lokasinya.

Harta tanah adalah sesuai bagi pelabur yang tidak memerlukan wang ‘kecemasan’; mempunyai pelaburan jangka masa panjang; berkeupayaan membayar balik gadai janji jika kadar faedah meningkat atau jika harta tanah itu tidak disewa.

          iv.          Dana amanah saham
Dalam amanah saham, wang daripada ramai pelabur individu akan disatukan untuk membeli beberapa kelas aset yang berlainan, dalam kuantiti yang besar. Pengurus dana profesional akan menentukan peratusan daripada dana yang akan dilaburkan dalam setiap kelas aset, dan mengenal pasti negara, industri dan syarikat yang mempunyai prospek dan pulangan terbaik. Setiap pelabur akan menerima ‘unit’ dalam dana ini, setiap unit mewakili campuran pelbagai kelas aset seperti saham, bon dan simpanan tetap.



Dana amanah saham adalah bersesuaian bagi mereka yang :
      baru dalam bidang pelaburan.
      bersedia mendapatkan khidmat pengurus profesional untuk membuat pilihan pelaburan.
      mempunyai jumlah permulaan yang kecil untuk melabur (dengan pilihan untuk menambahkan pelaburan dari masa ke semasa).
      mencari kepelbagaian dalam pelaburan untuk meminimumkan risiko.

            v.         Saham
Saham (juga dikenali sebagai ekuiti atau syer) mewakili pemilikan dalam sesebuah syarikat. Apabila anda membeli saham, anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat dan berhak atas nilai masa depan sahamnya dan keuntungannya.


Saham di dalam syarikat menawarkan pulangan kepada pelabur melalui dua cara utama:
•      Apabila nilai keseluruhan syarikat meningkat, nilai sahamnya juga meningkat.
•      Anda boleh memperoleh dividen apabila syarikat membayar sebahagian daripada keuntungannya kepada pemegang saham sebagai pembayaran agihan pendapatan.

Saham berpotensi menghasilkan pulangan yang tinggi. Walau bagaimanapun, nilai saham berpotensi merosot jika prestasi pasaran saham jatuh.

Pada umumnya pelaburan saham sesuai bagi pelabur yang:
      ingin membina asas simpanan bagi matlamat kewangan jangka masa sederhana dan panjang.
      mempunyai rangka masa pelaburan yang lebih panjang.
      selesa dengan keadaan saham yang turun naik bagi nilai pelaburan dalam jangka masa pendek, sebagai gentian untuk mendapat pulangan yang tinggi dalam jangka masa panjang (dalam bentuk pendapatan dividen dan pertumbuhan modal).

Istilah jangan letakkan semua telur di dalam satu bakul boleh digunakan sebagai pengajaran dalam pelaburan.  Sekiranya anda meletakkan semua telur dalam satu bakul, jika bakul itu terjatuh, kemungkinan semua telur itu akan pecah. Seperti juga dengan pelaburan anda, jangan melaburkan wang anda dalam satu jenis pelaburan sahaja. Jika apa-apa berlaku kepada pelaburan tersebut, semua wang itu akan hilang. Adalah penting untuk mempelbagaikan pelaburan anda.

Contoh:
Ahmad mempunyai RM250,000. Dia membeli satu unit rumah pangsa berharga RM100,000. Dia juga melabur dalam amanah saham sebanyak RM30,000, membeli bon sebanyak RM50,000 dan selebihnya disimpan dalam akaun simpanan tetap. Dengan cara ini, Ahmad telah mempelbagaikan pelaburannya.


3.         Konsep nilai masa wang dan faedah
           
Konsep nilai masa wang
Nilai masa wang ialah idea mudah bahawa wang bertambah mengikut masa kerana kuasa faedah kompaun.Faedah kompaun ialah faedah yang diperoleh atas jumlah simpanan asal ditambah dengan faedah atas faedah yang diterima, yang mana akan membawa kepada pertambahan yang lebih besar pada tempoh yang berikut. Wang anda tidak bertambah pada kadar mudah. Wang bertambah secara eksponen. Pertambahan eksponen ini dipanggil faedah kompaun.

Faktor yang memberi kesan kepada nilai masa wang:
      Kadar faedah – pilih institusi yang menawarkan faedah yang tinggi.
Semakin tinggi kadar faedah, semakin cepat jumlah wang anda meningkat hasil daripada pengkompaunan.

      Jumlah disimpan – simpan sebanyak yang mungkin dan sekerap yang mungkin.
Walaupun anda disarankan untuk menyimpan 10% daripada pendapatan setiap bulan, adalah lebih baik jika anda dapat menabung 20% - 30% kerana ini meningkatkan lagi simpanan pada masa hadapan. Semakin banyak wang yang ditabung sekarang, semakin mudah untuk mencapai matlamat kewangan.

      Masa – simpan selama yang mungkin.
Semakin lama wang disimpan, semakin lama wang anda  memperoleh manfaat faedah kompaun






Bab Tiga

Tajuk : pengurusan kredit dan hutang

               Tujuan:



PENERANGAN


               KREDIT DAN HUTANG

          1.      Konsep kredit dan hutang dan pelbagai jenis kredit
         Kredit adalah kemudahan pinjaman dengan persetujuan untuk membayar balik mengikut syarat dan terma perjanjian pinjaman yang telah ditetapkan. Apabila anda meminjam, anda diberikan kemudahan kredit dan sekiranya anda menggunakan kredit tersebut maka anda dikatakan berhutang. Ingat! Hutang adalah wang yang telah dipinjam dan mesti dibayar balik.

Contoh :
Anda diberi satu kad kredit dengan had kredit sebanyak RM3,000. Jika anda telah membelanjakan RM1,000 dengan kad kredit tersebut, maka RM1,000 kredit yang telah digunakan itu akan menjadi hutang.

                   SEBELUM              :    RM3,000 kredit sedia ada
                   SELEPAS              :    RM2,000 baki kemudahan kredit
                                                      RM1,000 jumlah hutang
Kategori Hutang
·                Hutang bagi tujuan produktif:
-       meminjam wang pada kadar berpatutan untuk dilaburkan dalam aset berkualiti, bagi menjana pendapatan seperti rumah, harta tanah, dan untuk meningkatkan kualiti hidup seperti melanjut pelajaran.
·                Hutang untuk keperluan:
           seperti membeli kenderaan.
·                Hutang bagi membiayai gaya hidup:
-        mengambil pinjaman baru untuk melunaskan pinjaman lama tanpa penjimatan kos.
-       mengambil pinjaman peribadi pada kadar faedah tinggi untuk membiayai percutian atau kos gaya hidup. 

           Peraturan untuk meminjam:
·                Pinjaman untuk tujuan produktif sahaja;
·                Pinjaman mengikut kemampuan;
     Pastikan anda boleh membayar balik pinjaman dengan selesa. Adalah disarankan jumlah pembayaran bulanan semua hutang tidak melebihi 40% pendapatan kasar;
·                Peminjam harus mempunyai tanggungjawab moral untuk membayar balik pinjaman. Penilaian kreditanda akan terjejas jika anda tidak membayar balik mengikut terma pembayaran.

          Jenis-jenis Pinjaman
         Sebagai pengguna,  anda boleh memilih antara pinjaman konvensional atauyang berlandaskan prinsip Syariah.Pinjaman yang biasa ditawarkan kepada orang ramai termasuk:
·                Pinjaman Pelajaran
         Lazimnya ditawarkan oleh pihak kerajaan, agensi kerajaan dan organisasi swasta kepada pelajar kolej atau universiti pada caj faedah yang rendah dan perlu dibayar apabila pelajar tersebut beroleh pekerjaan. Kebanyakan pinjaman yang ditawarkan oleh kerajaan dan agensinya, seperti dana PTPTN, berasaskan konsep pusingan. Ini bermaksud terdapat suatu jumlah tetap dalam dana tersebut. Siswazah yang tidak membuat pembayaran balik pinjaman pelajaran mereka, sebenarnya menafikan hak pelajar lain untuk menikmati manfaat pinjaman tersebut.

·                Pinjaman Perumahan
        Pinjaman perumahan merupakan suatu komitmen kewangan yang sangat besar serta memakan masa yang panjang untuk dijelaskan. Sebelum membuat pinjaman, anda perlu membuat perbandingan dan dapatkan sebanyak mungkin maklumat seperti kadar faedah yang ditawarkan sebelum menentukan pinjaman yang sesuai bagi anda. Pertimbangkan dengan teliti semua aspek pinjaman sebelum membuat sebarang keputusan dan antaranya:
          Berapakah nilai rumah atau tanah yang ingin anda beli? Berapakah ansuran yang mampu anda bayar setiap bulan? Bagaimana pula dengan aliran tunai bulanan anda?
    Adakah anda mempunyai cukup wang untuk membuat bayaran pendahuluan dan aliran tunai yang memadai untuk bayaran ansuran seterusnya?
       Apakah fi berkaitan atau kos lain yang perlu dibayar? Contohnya fi guaman, duti setem, fi pemprosesan dan fi pembayaran.
         Adakah kadar faedah tetap atau kadar faedah berubah selaras dengan perubahan pada kadar pinjaman asas (BLR - Base Lending Rates)?

·                Pinjaman kereta
      Lazimnya, orang akan membeli kereta melalui pinjaman yang dikenali sebagai pinjaman sewa beli (Hire Purchase – HP).Anda akan dikenali sebagai penyewa dan institusi kewangan pula sebagai tuan punya kenderaanitu. Sebagai penyewa, anda perlu membuat bayaran ansuran berdasarkan terma dan syarat yangtelah dipersetujui di bawah perjanjian sewa beli. Anda menjadi tuan punya kenderaan tersebuthanya setelah semua bayaran ansuran dijelaskan.

         Seperti pinjaman lain juga, tanya diri anda soalan-soalan penting sebelum membuat keputusanuntuk meminjam. Anda juga perlu membuat aliran tunai untuk mengira jumlah ansuran bulananyang mampu anda bayar.

        Lihat contoh di bawah bagipinjaman sebanyak RM50,000 pada kadar faedah 5% bagi tempoh lima tahun.

                             Ansuran bulanan                     : RM1,042.00
                            Jumlah bayaran faedah          : RM12,500.00
                            Jumlah pinjaman + faedah     : RM62,500.00

        Anggaran kadar efektif tahunan: 9.15% - (Kadar faedah efektif: Merupakan faedah sebenar yang perlu dibayar setelah mengambil kira faedah kompaun tahunan mengikut tempoh pinjaman)

     Penarikan balik: Jika anda ingkar dalam membuat bayaran, institusi kewangan berhak menarikbalik kenderaan anda kerana mereka adalah pemilik sah kenderaan tersebut sepanjang tempohpinjaman. Apabila bayaran tidak dibuat mengikut jadual, institusi kewangan boleh menarik balikkenderaan dengan melantik penarik yang berdaftar.

·                Pinjaman peribadi
         Pinjaman ini ditawarkan bagi kegunaan peribadi anda, bukannya pembelian berjumlah besar seperti rumah atau kereta. Memandangkan proses permohonan pinjamannya mudah dan cepat, ia telah menarik minat ramai peminjam, ditambah pula kebanyakan bank tidak meminta sebarang penjamin atau cagaran.  Pada kebiasaannya  kadar faedah pinjaman peribadi adalah  tinggi.  Pastikan yang anda benar-benar memahami tujuan pinjaman dibuat dan tanya diri anda sama ada anda mampu untuk membuat pembayaran balik.

          Sumber-sumber Pinjaman
         Di Malaysia terdapat pelbagai institusi kewangan yang menyediakan kemudahan pinjaman. Berikut adalah sumber pemberi pinjaman utama:
i.                 Institusi Kewangan Berlesen
Institusi kewangan berlesen merangkumi bank perdagangan yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyediakan kemudahan kredit kepada orang ramai. Anda dinasihatkan supaya mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan berlesen kerana terdapatnya undang-undang dan peraturan yang melindungi hak anda sebagai peminjam. Untuk mendapatkan senarai penuh institusi kewangan berlesen, sila layari laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my 
ii.            Koperasi
Koperasi adalah dikawal selia oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ahli koperasi boleh meminjam dari koperasi mereka berdasarkan kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pengurusan koperasi masing-masing.
iii.        Peminjam Wang Berlesen
Peminjam wang berlesen dilesenkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menawarkan pinjaman kepada orang ramai. Berbeza dengan institusi kewangan berlesen, peminjam wang berlesen tidak boleh menerima deposit dan biasanya kadar faedah pinjaman yang dikenakan adalah lebih tinggi. Anda dinasihatkan supaya menyemak terlebih dahulu kadar pinjaman mereka sebelum membuat pinjaman.

iv.        Peminjam Wang Tidak Berlesen
Peminjam wang tidak berlesen beroperasi secara haram dan mereka dikenali sebagai ‘Lintah Darat’ atau ‘Ah Long’. Mereka menawarkan pinjaman tanpa cagaran pada kadar faedah yang sangat tinggi, dengan terma dan syarat yang ketat dan tidak jelas. Mereka juga sering menggunakan ancaman dan kekerasan terhadap peminjam yang tidak dapat membayar balik pinjaman mereka. Anda dinasihatkan supaya tidak meminjam daripada peminjam wang yang tidak berlesen.

          2.      Pengurusan kad kredit      
       Kad kredit ialah alat pembayaran secara elektronik yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai.Tetapi ingat, anda masih memerlukan wang untuk membayar hutang kad kredit.

Ciri-ciri kad kredit
·      Yuran penyertaan
       Pengeluar kad kredit mungkin akan mengenakan yuran penyertaan sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu pengeluar kad dengan yang lain.

·      Had kredit
      Jumlah kredit maksimum yang diberikan oleh pengeluar kad kredit. Had tersebut ditentukan berdasarkan penilaian terhadap maklumat yang terkandung dalam borang permohonan.

·      Yuran tahunan
      Ialah yuran yang perlu dibayar apabila anda telah menerima kad kredit. Terdapat juga pengeluar kad kredit yang mengecualikan yuran ini jika anda memenuhi syarat penggunaan kad kredit anda.

·      Caj kewangan
         Ialah caj yang dikenakan keatas baki yang belum dijelaskan selepas tarikh akhir pembayaran dan dikira berdasarkan baki harian. Pada masa ini pemegang kad kredit dikenakan faedah secara bertingkat. Ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan kad kredit secara berdisiplin.

·      Yuran pendahuluan wang tunai
     Yuran ini dikenakan setiap kali pendahuluan wang tunai dilakukan dan biasanya antara 3% hingga 5%. Yuran ini merupakan caj kewangan tambahan dan dikira dari tarikh wang tunai tersebut diambil.

·      Bayaran minimum
          Bayaran minimum yang perlu dibuat oleh pemegang kad kredit bagi sesuatu bulan. Jika seseorang pengguna kad kredit tidak membuat bayaran minimum, akaun kad kreditnya mungkin tertunggak. Kebanyakan jumlah bayaranminimum dikira berdasarkan peratusan daripada jumlah baki

·      Caj bayaran lewat
          Ini adalah caj yang dikenakan jika anda gagal menjelaskan jumlah minimum bulanan sebelum tarikh akhir pembayaran yang ditetapkan. Jika anda membayar selepas tarikh ini, anda akan dikenakan caj kewangan (faedah ke atas baki belum jelas) dan juga caj bayaran lewat.

·      Cukai perkhidmatan
Bermula tahun 2010, setiap kad kredit akan dikenakan cukai perkhidmatan tahunan sebanyak RM50 ke atas pemegang kad utama dan RM25 ke atas pemegang kad sampingan. Bayaran ini akan dimasukkan dalam penyata kad kredit anda.

·      Tempoh tanpa faedah
         Anda boleh menikmati tempoh tanpa faedah, kebiasaannya antara 20 hingga 50 hari dari tarikh urus niaga mula direkodkan, sekiranya anda tidak mempunyai sebarang jumlah tertunggak dari bulan sebelumnya.

·      Insentif
-        Memperoleh mata ganjaran untuk menebus barangan dan perkhidmatan yang biasanya tidak dapat dinikmati jika bayaran dibuat secara tunai.

-   Terdapat kad kredit yang menyediakan perlindungan insurans kemalangan peribadi dan insurans perjalanan secara percuma, bergantung kepada jenis kad yang ditawarkan.

           Kesan bayaran minimum ke atas kad kredit
          Jika anda hanya membuat bayaran minimum, anda akan mengambil tempoh yang lebih lama untuk menyelesaikan hutang kad kredit dan lebih banyak hutang akan terkumpul. Dengan kadar faedah yang tinggi, anda membayar lebih kepada pengeluar kad kredit jika dibandingkan dengan harga asal barangan atau perkhidmatan yang anda peroleh dahulu.


3.3.     Tanggungjawab sebagai peminjam
Pengurusan hutang yang bijak akan membantu anda membina rekod kredit yang lebih baik bagi memudahkan anda mengambil pinjaman pada masa hadapan. Rekod pembayaran anda akan dijejaki melalui Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM). Setiap kali anda meminjam daripada institusi kewangan berlesen, semua hutang dan rekod pembayaran anda akan dicatatkan

i.        Apa yang diambil kira oleh institusi kewangan?
Keupayaan untuk mendapat kelulusan pinjaman biasanya bergantung kepada 3 faktor asas seperti berikut:
·         Tujuan pinjaman
·         Keupayaan membayar balik
·         Sejarah pembayaran
-  Jika anda pernah terlewat atau gagal menjelaskan pinjaman, ini boleh menjejaskan keupayaan anda untuk memperoleh pinjaman pada masa hadapan.

ii.       Nisbah hutang kepada pendapatan
Nisbah hutang kepada pendapatan menunjukkan jumlah pembayaran balik bulanan semua pinjaman berbanding dengan jumlah pendapatan kasar bulanan anda. Nisbah yang tinggi menunjukkan seseorang itu tidak mempunyai wang yang cukup untuk menampung perbelanjaan bulanannya.

      Sebagai panduan am, jumlah pembayaran balik bulanan bagi semua pinjaman termasuk hutang kad kredit tidak boleh melebihi 40% daripada pendapatan kasar anda.

       Kita lihat contoh kiraan nisbah hutang kepada pendapatan dengan melihat kedudukan kewangan Encik Daud:


Gaji pokok
RM3,500
Elaun sara hidup
RM250
Elaun tetap perumahan
RM400
Elaun khidmat awam
RM400
Insurans
RM100
Zakat
RM170
Pinjaman perumahan
Pinjaman peribadi
Pinjaman kenderaan
RM600
RM220
RM 750



i)     pendapatan kasar
     =  gaji pokok + elaun sara hidup+elaun tetap perumahan + 
         elaun khidmat awam
= RM3,500 + RM 250 + RM 400 + RM 400
= RM 4,550

ii)    jumlah pembayaran balik
         = pinjaman perumahan + pinjaman peribadi +pinjaman kenderaan
         = RM 600 + RM 220 + RM 750
         = RM RM 1570

        Nisbah hutang kepada pendapatan

          =       Pembayaran Balik Bulanan

                         Pendapatan Kasar
          =          RM1,570
RM4,550
=        34.51%

       Seperti mana yang anda boleh lihat, nisbah hutang kepada pendapatan adalah kurang daripada nisbah yang disarankan. Dalam keadaan seperti ini, Encik Daud mampu membayar balik pinjaman disebabkan nisbah hutang kepada pendapatan tidak melebihi 40%


Mengelakkan daripada perangkap hutang

            Anda dikatakan telah berhutang secara berlebihan jika beban hutang anda terlalu berat untuk  ditanggung. Dalam keadaan ini mungkin pendapatan anda tidak mencukupi dan terpaksa menggunakan tabungan atau pelaburan untuk membayar hutang anda. Dalam keadaan ini, apakah yang anda harus buat?

·           Bertindak mengikut keperluan bukan kehendak
          Menangguhkan kehendak bermaksud menangguhkan keinginan anda kesuatu masa yang lain. Setiap kali anda ingin membeli sesuatu, fikirkan terlebih dahulu, terutama jika ia suatu kehendak. Hidup mengikut kemampuan memerlukan anda belajar mengatakan tidak kepada sesuatu perbelanjaan yang tidak diperlukan.

·           Elakkan gaya hidup di luar kemampuan
          Ada orang yang hidup mewah dengan membeli barangan mahal padahal mereka tidak mampu. Mereka merasakan adalah penting mengekalkan imej mereka mengikut tanggapan orang lain. Orang dalam kategori ini sentiasa menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan mereka dan hanya membuat bayaran minimum setiap bulan. Mereka berhutang secara berlebihan kerana mengamalkan hidup di luar kemampuan mereka.

·           Mula kaji perbelanjaan
          Amalkan sistem menjejaki perbelanjaan anda. Mulakan dengan merekodkan segala perbelanjaan dalam tempoh tertentu contohnya, selama lapan minggu. Ini bertujuan untuk mengetahui ke mana perginya wang anda.

·           Bersedia menghadapi keadaan tidak terduga
         Tidak kurang juga, ada orang yang terpaksa berhutang disebabkan oleh peristiwa yang tidak dapat dielakkan. Mungkin anda telah mengambil langkah sewajarnya untuk meminjam mengikut had kemampuan tetapi keupayaan membayar balik hutang boleh terjejas jika berlaku peristiwa di luar kawalan anda. Peristiwa ini adalah seperti kehilangan pekerjaan, hilang upaya, menghidapi penyakit kritikal atau lain-lain bentuk kecemasan.

       Apakah akibat tidak membayar hutang?
         Kegagalan membayar ansuran pinjaman atau hutang kad kredit boleh membawa padah buruk. Apabila anda gagal menjelaskan sesuatu pinjaman, institusi kewangan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap anda.

         Sekiranya pinjaman itu ialah pinjaman kereta, institusi kewangan akan menarik balik dan menjualkan kereta tersebut. Jika ianya pinjaman perumahan, institusi kewangan akan merampas rumah tersebut dan melelongnya. Seandainya hasil lelongan tidak mencukupi untuk menjelaskan hutang sepenuhnya, institusi kewangan akan mengambil tindakan terhadap anda (dan/atau penjamin, jika ada) untuk menuntut baki hutang.

·  Menjadi seorang penjamin

          Apabila kedudukan kredit seseorang diragui, pihak pemberi pinjaman biasanya akan meminta peminjam menyediakan penjamin untuk menjamin pinjaman tersebut. Penjamin bukanlah peminjam utama. Walau bagaimanapun, penjamin dipertanggungjawabkan atas baki pinjaman yang belum dibayar termasuk faedahnya sekali sekiranya peminjam utama gagal membuat bayarannya. Jaminan ke atas pinjaman yang telah diambil akan terus berkekalan sehinggalah kesemua hutang peminjam dilangsaikan. Tanggungjawab penjamin tidak akan dilepaskan tanpa penyelesaian penuh pinjaman atau tanpa kebenaran daripada pemberi pinjaman terlebih dahulu

  

Bab Empat

Tajuk : perlindungan pengguna
         4.1     KONSEP PERLINDUNGAN PENGGUNA

    4.1.1  Kerajaan sentiasa menitikberatkan kesejahteraan pengguna dalam memastikan persekitaran ekonomi yang adil dan saksama. Dalam keadaan pasaran yang semakin kompleks, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan sebagai usaha meningkatkan perlindungan pengguna di negara ini melalui aspek:

          (i)      Pendidikan
                   Menyebar luas pendidikan kepenggunaan melalui pelaksanaan pelbagai         program pendidikan secara formal dan tidak formal serta melalui                       penggunaan media massa. 

           (ii)           Perundangan dan Penguatkuasaan
                Menggubal, melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang bagi             meningkatkan tahap perlindungan pengguna.

          4.2     UNDANG-UNDANG BERKAITAN PERLINDUNGAN PENGGUNA

           4.2.1  Di Malaysia, terdapat pelbagai undang-undang berkaitan perlindungan             pengguna yang dikawalselia oleh agensi-agensi Kerajaan seperti                       berikut: 

             (i)           Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan                                Kepenggunaan    (KPDNKK)

       
        Bil.
           Undang-Undang
Keterangan Ringkas
         1
           Akta    Perlindungan  Pengguna 1999 (Pindaan  2010)

     Akta yang diwujudkan khusus bagi melindungi pengguna dari sebarang   penipuan, amalan perniagaan yang tidak adil, perlakuan mengelirukan, representasi palsu, keselamatan barang dan perkhidmatan.




         2
          Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011

    Memberi kuasa kepada Kerajaan untuk menetap dan mengawal harga bagi barangan tertentu serta menetapkan penanda harga dan pelabelan

        3
           Akta Perihal    Dagangan  2011
       Melarang salah perihal mengenai barang-barang, memberi penyataan palsu/mengelirukan tentang apa-apa perkhidmatan, tempat tinggal atau kemudahan yang diadakan dalam perjalanan perdagangan

     Meliputi juga perbahasan/penunjuk yang digunakan berhubung dengan harga barang-barang, bayaran/kadar bagi perkhidmatan dan tempat tinggal/kemudahan

         4
          Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2011)

     Mengawal perniagaan sewa beli dengan menggariskan hak-hak pengguna yang dilindungi dalam akta ini

        5
          Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993
      Mengawalselia aktiviti-aktiviti jualan       langsung pintu ke pintu dan melalui pos

        6
          Akta Timbang dan   Sukat 1972
         Memastikan unit-unit sukatan dan standard jisim atau sukat hendaklah berdasarkan kepada sistem unit antarabangsa, Memastikan alat-alat timbangan adalah tepat dan Melakukan pemeriksaan dan mengeluarkan perakuan

        7
          Akta Perdagangan Elektronik 2006
      Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urus niaga perdagangan, penggunaan mesej elektronik itu untuk memenuhi kehendak undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahkan urus niaga perdagangan melalui penggunaan cara elektronik dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
        8
          Akta Cakera Optik 2000
         Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pelesenan dan pengawalseliaan pengilangan cakera optik, dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

         9
          Akta Kawalan Bekalan 1961
         Mengawal bekalan barang-barang kawalan bagi memastikan bekalan yang mencukupi. Memberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap perbuatan menyorok atau enggan menjual barangan kawalan.

          10
          Akta Persaingan 2010
   Menggalakkan pembangunan ekonomi dengan menggalakkan dan melindungi proses persaingan perniagaan sekaligus melindungi kepentingan pengguna dengan mengelakkan sistem monopoli

      Menggalakkan perdagangan yang adil di kalangan peniaga dan menggalakkan penawaran harga yang berdaya saing, pembaikan dalam kualiti produk dan pekhidmatan

    

                            (ii)           Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

      Bil.
         Undang-Undang
Keterangan Ringkas
     
         1
          Akta Kawalan Padi dan Beras 1994
    Memastikan bekalan padi dan beras   mencukupi serta memastikan harga padi dan beras berpatutan dan stabil bagi pengguna


         2
          Akta Racun Makhluk Perosak 1974
  Mengawal pengimportan, pengeluaran, penjualan, penyimpanan racun-racun perosak dengan cara pendaftaran dan permit pengimport dan pengilang


         3
          Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
      Memajukan perniagaan perikanan supaya lebih berkesan, menyedia dan menyelaras kemudahan kredit dan mengawal kegiatan curang dalam perniagaan/pemasaran ikan

             
            4       
          Ordinan Binatang 1953 Jabatan Perkhidmatan Veterinar
        Mengawal pengimportan dan pengeksportan
      binatang, burung dan bahan-bahan hasilan ternakan bagi mengelak berlakunya penyebaran penyakit dan menjamin
         keselamatan makanan hasilan ternakan



(i)           Kementerian Kesihatan

Bil.
Undang-Undang
Keterangan Ringkas
1
Akta Makanan 1983
Mengawal penjualan makanan supaya tidak mengancam pengguna seperti memastikan kandungan bahan-bahan tidak membahayakan

2
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 1988
Berkaitan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit
Memberi kuasa kepada Pegawai Pembantu Kesihatan untuk memasuki premis bagi membuat pemeriksaan

3
Akta Ubat (Iklan dan Jualan) 1956
Mengawal dan melarang iklan-iklan yang merujuk kepada mana-mana barang yang dikira boleh mempengaruhi kegunaan barang-barang tersebut sebagai ubat untuk tujuan merawat keadaaan-keadaan teruk tertentu

Mewajibkan semua iklan ubat-ubatan untuk mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan

4
Akta Jualan Dadah 1952
Bertujuan untuk mengawal dan membuat peraturan tentang pengimportan, pengeksportan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan opium dan lain-lain dadah merbahaya

5
Akta Racun 1952
Bertujuan untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengilangan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan sebarang racun

6
Akta Pendaftaran Farmasi 1951
Menentukan perubahan Lembaga Farmasi yang akan mendaftar ahli-ahli farmasi sebelum mereka menjalankan perniagaan
Mengawal ahli-ahli farmasi yang tidak berkelayakan


(i)           Bank Negara



1
Akta Insurans 1996
Mengawalselia industri insuran untuk memberi perlindungan kepada pemunya polisi insuran

2
Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989
Mengawalselia institusi-institusi yang menjalankan perniagaan bank perniagaan, syarikat kewangan, bank saudagar, syarikat diskaun dan pembrokeran wang serta perniagaan kewangan lain yang tertentu untuk member perlindungan kepada pendeposit dan pengguna perkhidmatan perbankan dan kewangan yang lain

3
Akta Bank Islam 1983
Mengawalselia institusi-institusi yang menjalankan perniagaan perbankan Islam untuk memberi perlindungan kepada pendeposit dan pengguna perkhidmatan perbankan Islam
4
Akta Takaful 1984
Mengawalselia industri takaful untuk memberi perlindungan kepada pemunya polisi takaful


(i)  Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

1
Akta Kawalan Sewa 1966
Memberi kuasa untuk menetapkan sewa kepada premis terkawal (controlled premises) dalam kawasan-kawasan Kerajaan Tempatan

2
Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (pindaan 2002)
Akta yang mengawal dan melesenkan kegiatan perumahan bagi memastikan tidak ada kegiatan-kegiatan yang menyeleweng di dalam industri tersebut

Menubuhkan Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

3
Akta Pemegang Pajak Gadai 1972
Mewajibkan sesiapa yang menjalankan kegiatan ini mendapatkan lesen terlebih dahulu

4
Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
Mewajibkan individu atau syarikat yang menjalankan kegiatan peminjaman wang untuk mendapatkan lessen

Mengawal kegiatan peminjaman wang


(ii)         Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia

1
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1994
Bertanggungjawab dan menyelaras segala aktiviti berhubung dengan pembuangan bahan-bahan ke alam sekeliling bagi mencegah atau mengawal pencemaran serta melindungi dan membaiki kualiti alam sekitar


(iii)       Jabatan Standard Kementerian Sains, Teknologi dan                Inovasi

1
Akta Standard Malaysia 1996
Mengadakan dasar, program, skim, projek, dan aktiviti penstandardtan, memajukan kecekapan dan pembangunan perindustrian serta keperluan perjanjian perindustrian

Penganjuran dan pelaksanaan program akreditasi dan memberi pertimbangan mengenai kriteria dan prosedur berhubung dengan pengakreditasian maklumat perjanjian dan maklumat penentukuran

(viii)    Kementerian Pengangkutan

1
Akta Pengangkutan Jalan 1987
Mengawal perkhidmatan kenderaan awam


 (ix)        Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan                               Kebudayaan

1
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Mengawalselia industri komunikasi dan multimedia

Mewujudkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
2
Akta Perkhidmatan Pos 1991
Mengawalselia perkhidmatan pos dan kurier


(x)         Suruhanjaya Tenaga

1.
Akta Bekalan Elektrik 1990 (Pindaan 2001)

Mengawalselia industri bekalan elektrik
2.
Akta Bekalan Gas 1993

Mengawalselia industri bekalan gas


4.3     TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA (TTPM)

2.3.1  Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999. Tribunal beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat.

2.3.2    Objektif penubuhan TTPM ialah:

(i)           TTPM adalah merupakan sebuah badan bebas untuk         mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang               difailkan oleh pengguna di bawah Akta Perlindungan           Pengguna, 1999 tertakluk kepada peruntukan Akta              tersebut.

(ii)    Sebelum penubuhan Tribunal, segala tuntutan gantirugi      oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal          atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di       mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggI     dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.     Ini adalah antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak   berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap     pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab     terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah      kecil, walaupun pada masa ini sudah adanya Mahkamah     Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar                tuntutan-    tuntutan yang tidak melebihi RM5,000.00.

(iii)        Memahami hakikat ini, TTPM telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat.

2.3.3    Bidang Kuasa TTPM ialah mendengar:

(i)           apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta;

(ii)          di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00;

(iii)        apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.



2.3.4    Jenis-jenis Tuntutan Yang boleh Dikemukakan ke Tribunal

(i)      Mana-mana pengguna boleh memfailkan tuntutan di Tribunal menuntut gantirugi bagi kerugian yang ditanggung berhubung apa-apa perkara yang melibatkan kepentingan beliau sebagai pengguna di bawah akta yang berbangkit daripada :-

a)           Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama, iaitu :-

i.        perlakuan mengelirukan dan memperdaya berkaitan dengan jenis, proses pengilangan, kesesuaian, kualiti dan kuantiti;
ii.       gambaran yang mengelirukan mengenai harga;
iii.      tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya;
iv.      tuntutan-tuntutan lain yang mengelirukan seperti -
1) selagi stok masih ada;
2) barang-barang adalah terhad; dan sebagainya.
v.       menerima bayaran tanpa niat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan;
vi.      kontrak perkhidmatan hadapan bagi perkhidmatan yang akan diadakan atas dasar berterusan.

b)       Keselamatan barang dan perkhidmatan :–
i.        standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa barang atau kelas barang;
ii.       standard keselamatan berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan atau kelas perkhidmatan.

c)       Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-
i.        mengenai hakmilik;
ii.       mengenai kualiti boleh terima;
iii.      mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iv.      bahawa barang mematuhi perihal;
v.       bahawa barang mematuhi sampel;
vi.      mengenai harga munasabah;
vii.     mengenai pembaikan dan barang ganti.

d)       Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan :-
i.        mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah;
ii.       mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iii.      mengenai masa siap munasabah;
iv.      mengenai harga munasabah.

e)       Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-
i.        mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri barang;
ii.       mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan:
iii.      mengenai kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan;
iv.      mengenai pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh penggerenti.

f)       Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang :-
i.        mengenai kualiti yang boleh diterima;
ii.       bahawa barang mematuhi;
iii.      mengenai pembaikan dan barang ganti.

4.3.5  Tatacara Pemfailan Tuntutan

(i)      Setiap tuntutan hendaklah dibuat menggunakan borang (Borang 1) yang boleh didapati secara percuma daripada mana-mana pejabat TTPM atau melalui laman sesawang : www.kpdnkk.gov.my. Borang  tersebut hendaklah diisi oleh Pihak Yang Menuntut (Pengguna) dalam 4 salinan dengan fi pemfailan sebanyak RM5.00.

(ii)      Pihak Yang Menuntut hendaklah menyerahkan sesalinan Borang 1 yang telah diproses kepada Pihak Yang Dituntut (Penentang). Penyerahan Borang 1 boleh dibuat dengan cara-cara berikut :


Jika Penentang seorang individu :-

a.         Meninggalkan dokumen itu dengan orang itu; atau
b.         Memberi dokumen itu kepada orang itu; atau
c.         Mengeposkan dokumen itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyerahannya atau di alamatnya yang terakhir yang diketahui.

Jika Penentang suatu Syarikat atau Firma:-

i.             Meninggalkan dokumen itu dengan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam syarikat itu atau tuan punya fima itu;
ii.            Memberikan dokumen itu kepada mana-mana orang yang disebutkan di atas; atau
iii.           Mengeposkan dokumen itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada mana-mana orang yang disebutkan di atas di pejabat berdaftar syarikat atau firma itu atau di alamat penyerahannya.

(iv)        Penentang (Peniaga) yang menerima Borang 1 dari Pihak Yang Menuntut hendaklah membuat pernyataan atau pembelaan dan tuntutan balas (jika ada) dalam Borang 2 yang juga boleh didapatkan secara percuma daripada pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna. Borang 2 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat TTPM yang sama di mana Borang 1 difailkan. Borang 2 hendaklah difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Borang 1 diterima. Fi pemfailan Borang 2 adalah sebanyak RM5.00.

(v)         Pihak Penentang hendaklah menyerahkan sesalinan Borang 2 yang telah diproses kepada Pihak Yang Menuntut. Penyerahan Borang 2 boleh dibuat dengan cara-cara yang sama seperti mana cara-cara penyerahan Borang 1 dibuat.

(vi)        Pihak Yang Menuntut yang telah menerima Borang 2 boleh membuat pembelaan kepada Tuntutan Balas Penentang (sekiranya ada) dalam Borang 3. Borang 3 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat TTPM yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh Pihak Yang Menuntut menerima Borang 2. Tiada fi pemfailan yang dikenakan bagi pemfailan Borang 3.



4.4  PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO) UTAMA YANG TERLIBAT DALAM PERLINDUNGAN PENGGUNA

2.5.1 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) merupakan organisasi yang turut memperjuangkan hak dan perlindungan pengguna di Malaysia. Mereka adalah terdiri dari gerakan atau persatuan yang bergiat membangunkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan dengan isu-isu yang berhubung dengan kepenggunaan. Di antara NGO yang bergiat aktif ke arah isu kepenggunaan adalah seperti berikut:

(i)           Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA)
·        Merupakan gabungan beberapa persatuan pengguna di Malaysia
·        Aktif memberi pendidikan kepenggunaan dan menyuarakan pandangan berkaitan kepentingan pengguna

(ii)         Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
·        Memberi pendidikan dan pendedahan kepada pengguna dengan menyeimbangi keperluan, hak dan perlindungan serta faedah yang patut diperolehi oleh mereka
·        Memastikan harga dan kualiti barangan yang dijual adalah berpatutan dan berkualiti kepada pengguna

(iii)       Persatuan Pengguna Islam Malaysia
·        Persatuan pengguna yang aktif memperjuangkan hak pengguna dari perspektif Islam seperti isu halal

(iv)        Consumer Forum Malaysia (CFM)
·        Organisasi bebas yang dilantik oleh SKMM untuk melindungi hak pengguna dalam sektor komunikasi dan multimedia


4.5     BENTUK PENYELEWENGAN DAN PENIPUAN

2.6.1  Penyelewengan dan penipuan merupakan kegiatan tidak beretika yang bertujuan untuk mengelirukan dan memperdayakan pengguna dengan pelbagai kaedah. Pengguna yang tidak peka dan mempunyai maklumat yang mencukupi mengenai sebarang urusan dan transaksi perniagaan atau perkhidmatan mungkin cenderung untuk terpengaruh atau terjebak dalam kegiatan ini hingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit. Berikut merupakan ciri-ciri kegiatan penyelewengan dan penipuan yang sering berlaku:

(i)           Skim Cepat Kaya/Skim Piramid
·                    Promosi semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
·                    Bonus dibayar semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan berbanding dengan jualan barang-barang.
·                    Kontrak bertulis tidak disediakan.
·                    Pembelian wajib dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau permulaan pembayaran bonus.
·                    Dikehendaki membeli barang-barang dalam amaun yang tidak munasabah. Tidak diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian tetapi didesak membeli pakej untuk mendapat bonus.
·                    Dasar bayar balik dan dasar beli balik barang-barang tidak disediakan.
·                    Kehendak struktur yang ketat bagi kelayakan untuk dibayar bonus.
·                    Pengunduran diri tidak dibenarkan.
·                    Dibenarkan atau digalakkan membeli lebih daripada satu kedudukan.

(ii)         Gores dan Menang
·                    Ejen/syarikat akan menawarkan produk/barangan tertentu sebagai tawaran
·                    Mengambil deposit/wang pendahuluan
·                    Mempromosikan cabutan bertuah bagi merebut hadiah utama
·                    Menggunakan kaedah pujuk rayu, peraduan, ugutan, paksaan untuk membeli barangan yang ditawarkan
·                    Premis bersifat sementara dan tidak menetap lama di satu-satu lokasi (berpindah dalam tempoh yang singkat)

(iii)       Penipuan Pelaburan Perniagaan
·                    Menjanjikan pulangan lumayan bagi tempoh yang terlalu singkat
·                    Menjanjikan risiko yang rendah/tanpa risiko bagi pelaburan yang ditawarkan

(iv)        Penipuan Timbang dan Sukat
·                    Peniaga menggunakan alat penimbang yang tidak ditentusahkan

(v)         Penipuan Tanda Harga
·                    Tidak meletakkan tanda harga bagi barangan dan perkhidmatan
·                    Meletakkan harga yang tidak tepat
·                    Harga yang dipamerkan mengelirukan pengguna seperti dua harga berbeza untuk barangan yang sama
·                    Memaparkan diskaun harga yang tidak tepat
·                    Meletakkan harga melebihi harga kawalan bagi barangan kawalan

(iv)    Jenayah Siber (cyber crime)
·                    Penipuan melalui transaksi internet melibatkan pembelian barangan secara online
·                    Tawaran pelaburan lumayan dari luar Negara melalui emel  dari individu yang tidak dikenali
·                    Memohon maklumat peribadi  seperti nombor akaun atau kata kunci/kata laluan perbankkan internet dengan menggunakan identiti institusi perbankkan
·                    Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) memaklumkan penerima telah memenangi hadiah lumayan melalui peraduan


2.7     TIP-TIP MENINGKATKAN PERLINDUNGAN KENDIRI

Sebagai pengguna yang bijak dan berinformasi, sewajarnya mengamalkan tip-tip perlindungan kendiri seprti berikut agar lebih menjamin keselesaan, keselamatan dan kebajikan diri sendiri dan keluarga.

(i)      Tip-Tip Belanja Berhemat

1.             Kurangkan membeli barangan yang berjenama mahal.
2.             Membuat senarai pembelian terlebih dahulu sebelum keluar membeli-belah dan patuhi senarai barangan tersebut.
3.             Amalkan tabiat menawar barangan, melainkan jika harga barangan tersebut tetap.
4.             Beli secara borong bagi barangan keperluan yang tahan lama seperti tisu, peralatan dandanan dan kebersihan diri bagi mendapatkan nilai untuk pembelian.
5.             Jangan menyimpan wang tunai yang banyak dalam dompet kerana ia boleh mendorong untuk bebelanja dengan boros.
6.             Manfaatkan kupon percuma atau baucer diskaun yang diterima ketika membeli belah kerana ia dapat menjimatkan wang.
7.             Beli barangan yang terpakai, seperti kereta jika tidak berkemampuan.  Walaupun kos penyelenggaraannya mungkin tinggi, namun dapat mengurangkan kos pembiayaan pembelian yang tinggi setiap bulan.


(ii)     Tip-Tip Membuat Tabungan

1.            Pupuk kesedaran dalam diri tentang kepentingan menabung serta mendisiplinkan diri.
2.            Pelajari dan turut serta dalam skim-skim tabungan yang menguntungkan, serta berisiko rendah.
3.            Mulakan amalan menabung dengan jumlah yang kecil setiap bulan.
4.            Jadikan tabungan anda itu sebagai perbelanjaan yang perlu dibayar setiap bulan.
5.            Mulakan dengan tabungan sebelum anda membuat sebarang perbelanjaan.
6.            Simpan syiling yang anda terima setiap kali berbelanja.
7.            Buat potongan tetap daripada gaji yang diperolehi setiap bulan ke dalam tabungan.


(iii)    Tip-Tip Penggunaan Kad Kredit

1.             Peruntukkan sebahagian daripada pendapatan anda untuk menjelaskan hutang kredit anda setiap bulan.
2.             Kawal perbelanjaan anda. Kemudahan penggunaan kad kredit akan menyebabkan anda berbelanja lebih tanpa disedari.  Rancang senarai barangan untuk dibeli dan awasi ke mana wang anda dibelanjakan.
3.             Jangan melampaui had kredit anda kecuali dalam kecemasan.  Bank akan mengenakan faedah sebanyak 2% untuk amaun kredit berlebihan, selain dari caj kewangan yang sedia ada.
4.             Jelaskan sebahagian besar daripada baki belum jelas anda dan bukannya bayaran minima 5% atau RM50.
5.             Anda tidak perlukan banyak kad kredit, hadkan kepada maksimum dua atau tiga.  Kad kredit adalah untuk kemudahah, bukan untuk koleksi.
6.             Hanya memohon kad kredit jika anda benar-benar memerlukannya.  Jangan mudah terpengaruh oleh promosi dan iklan.
7.             Simpan satu senarai nombor kad kredit anda dan laporkan kad yang hilang atau dicuri dengan segera.  Semua bank mempunyai servis perbankan 24 jam dan anda tidak akan dicaj untuk sebarang penggunaan yang dibuat selepas laporan.
8.             Jangan beritahu nombor kad kredit dan tiga digit pengesahan (ccv number) di belakang kad anda sewenang-wenangnya kepada orang lain.  Sesetengah transaksi elektronik dalam laman web hanya memerlukan nombor-nombor tersebut untuk membuat pembayaran dan kes-kes penyalahgunaan adalah berleluasa masakini.
9.             Kemaskini sebarang maklumat peribadi anda seperti pertukaran alamat supaya bil bulanan diterima tepat pada masanya untuk mengelak dari caj pembayaran lewat.
10.          Wang pendahuluan (cash advance) adalah mudah. TAPI mahal.  Bank mengenakan 18% setahun untuk wang pendahuluan DAN 5% ataupun caj minimum sehingga RM20 atas amaun yang dikeluarkan.  Tiada jangkamasa bebas faedah (interest free) dan faedah mula dicaj sebaik sahaja wang diterima.


(iv)    Tips Mengenal Skim Penipuan

Minimumkan risiko kehilangan wang simpanan anda dengan mengetahui pelbagai jenis pelaburan tidak sah di sisi undang-undang yang terdapat dalam masyarakat kini.  Berikut ialah beberapa ciri dan janji yang umumnya ada dalam sesuatu skim penipuan.
1.             Untuk setiap pelaburan yang dibuat, anda menerima pulangan yang tinggi, umpamanya 20 – 30% sebulan bagi setiap bulan.
2.             Anda tidak diajar mempromosikan produk yang kononnya berkualiti yang perlu anda jual, sebaliknya lebih menitikberatkan tentan komisen yang akan dibayar mengikut bilangan orang yang anda latih atau bawa masuk sebagai ahli.
3.             Anda diberitahu bahawa tawaran itu hanya untuk tempoh terhad dan anda MESTI membelinya sekarang serta anda tidak akan dihubungi lagi jika tidak membuat keputusan serta merta.
4.             Anda dimaklumkan bahawa anda telah memenangi hadiah dan anda diminta memasukkan wang ke dalam bank asing dalam mata wang asing tetapi anda tidak pernah berurusan dengan syarikat asing tersebut.
5.             Anda menerima panggilan telefon menawarkan peluang-peluang pelaburan dan anda sendiri tidak tahu bagaimana syarikat itu mendapat nombor telefon anda.
6.             Anda menerima e-mel yang meminta nombor akaun bank anda kerana mereka mahu menghantar wang kepada anda, biasanya berjumlah berjuta-juta dolar Amerika dari negara asing ini sebenarnya bukanlah satu bentuk skim penipuan pelaburan tetapi tetap satu lagi skim penipuan yang popular.
7.             Anda ditawarkan satu produk yang menjamin keuntungan besar tanpa sebarang risiko kewangan.
8.             Anda diminta melabur dalam satu skim pelaburan.  Alamat dan maklumat perhubugan syarikat pelaburan yang menawarkan keuntungan besar kepada anda itu terletak di sebuah negara asing yang anda tidak dapat pastikan di mana kedudukan sebenar syarikat itu.
9.             Anda didatangi oleh seseorang yang mengaku sebagai ejen bagi syarikat dagangan asing yang beribu pejabat di luar negara untuk berdagang dalam indeks asing (contohnya, indeks Hang Seng), komoditi (contohnya kopi) atau mata wang asing (contohnya AS$, Yen dsb) tetapi anda perlu mendepositkan sejumlah wang dalam mata wang asing sebagai “margin”, sebelum sesuatu urus niaga boleh dilakukan.
10.          Sukar untuk menemui sebarang maklumat mengenai lesen atau kewujudan syarikat itu dalam lama web mana-mana pihak pengawal selia atau pihak berkuasa yang berkenaan.
11.          Anda dihubungi oleh syarikat yang menawarkan pakej percutian kepada anda tetapi anda perlu hadir ke syarikat terbabit untuk mendengar taklimat terlebih dahulu dan kemudiannya dipujuk menyertai sesuatu pakej.

(v)      Tip-Tip Mengelak Daripada Penipuan Di Internet

(a)           Sebelum melakukan urus niaga di internet, pastikan anda mempunyai sedikit pengetahuan tentang e-dagang terlebih dahulu.
(b)           Gunakan kaedah carian laman web tersebut di laman web carian seperti Google atau Yahoo.  Jika hasil carian anda menunjukkan banyak pengguna yang tidak berpuas hati dengan peniaga atas talian tersebut, mungkin anda perlu lebih berhati-hati.
(c)           Pastikan laman web peniaga tersebut menyertakan alamat dan nombor telefon sebenar perniagaan.  Melakukan siasatan awal secara sendiri adalah lebih baik untuk memastikan maklumat tersebut benar dan boleh dipercayai.
(d)           Perhatikan di ruang alamat browser internet anda, huruf ‘S’ di http://, alamat tersebut merujuk kepada transaksi tersebut adalah selamat dan boleh diyakini.  Lihat juga logo ‘mangga kunci’ di bawah kanan browser anda (di sebelah kanan ruang alamat jika menggunakan Internet Explorer versi 7).  Ini menunjukkan transaksi anda mempunyai  enkripsi.  Untuk memastikan anda berada di laman web yang sah dan bukan laman web yang ditiru, klik kanan di mana-mana di laman tersebut dan pilih properties.  Anda boleh melihat alamat dan maklumat sebenar laman tersebut jika laman tersebut mempunyai enkripsi.
(e)           Jangan percaya seandainya anda mendapat SMS yang menyatakan anda pemenang cabutan bertuah, pelanggan bertuah atau mendapat hadiah-hadiah lumayan yang mana anda tidak pernah menyertainya.  Ia pasti penipuan kerana anda akan diminta memberikan nombor akaun bank anda.
(f)            Sentiasa buat semakan sebelum memberi butiran peribadi anda dengan menelefon sendiri syarikat tersebut untuk pengesahan.  Jangan telefon nombor yang diberikan oleh pemanggil tersebut kerana mungkin mereka telah merancangnya.


(vi)    Tip-Tip Membeli Kereta Terpakai

(a)     Pemeriksaan Luaran (exterior)
                                              i.          Pastikan keadaan luaran tidak berkarat dan ton warna badan kereta adalah sama di semua permukaan.  Ton warna yang berbeza bermakna mungkin bahagian tersebut telah dicat semula dan ini mungkin memberi petanda bahawa kereta tersebut pernah terlibat dengan kemalangan.

(b)     Pemeriksaan Ruang Enjin
i.             Enjin tidak diubahsuai bersih dan tiada kebocoran minyak hitam.
ii.            Periksa sudut-sudut tersembunyi pada enjin untuk memastikan tiada lekuk atau kemik yang menandakan kereta tersebut pernah mengalamai kemalangan dan tidak disedari oleh mekanik.

(c)      Pemeriksaan Ruang Dalaman (interior)
i.        Keadaan dalaman kereta dalam keadaan baik dan tiada yang berkarat atau retak.
ii.       Pastikan kesemua peralatan seperti radio, alat hawa dingin, suis lampu dan tingkap masih boleh digunakan.
iii.      Pastikan kesemua aksesori yang terdapat dalam kereta tersebut adalah yang asal dan tidak digantikan dengan aksesori yang berbeza.  Contohnya, lapik kaki kereta Proton Wira ditukar dengan Proton Iswara.


(d)      Pandu Uji Kereta
·                      Hidupkan suis kereta – pastikan semua meter dan indikator berfungsi dan menyala untuk menandakan kereta tersebut dalam keadaan baik.
·                      Hidupkan enjin – pastikan tidak berlaku gegaran pada enjin, tiada masalah dengan sistem kotak gear, suhu kereta stabil dan tidak cepat meningkat.
·                      Pandu uji kereta – Pastikan tiada bunyi yang luar biasa kedengaran dan tiada berlaku sebarang gegaran ketika kereta bergerak.

(e)      Pemeriksaan Terakhir
·                  Paling penting – Pastikan nombor casis dan nombor enjin sama dengan dokumen pendaftaran kereta.
·                  Semak dengan pihak berkuasa seperti JPJ dan Polis untuk memastikan kereta tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan lepas serta segala butir kereta adalah betul dan tidak dipinda.


(vii)   Tip-Tip Membeli Telefon Bimbit

1.             Membuat perbandingan harga terlebih dahulu di beberapa buah kedai dan bandingkan harga perkhidmatan yang disediakan serta tawaran yang diberi.
2.             Faham jenis jaminan (warranty) yang diberi
·                  Jenis Jaminan (shop-warranty – jaminan yang hanya diberikan oleh kedai di mana telefon dibeli atau Factory-warranty – jaminan yang diberikan oleh pengeluar telefon tersebut)
·                  Tempoh Jaminan (LCD, Pembesar suara, Perisian, Bateri atau Full-cover).  Setiap komponen mempunyai tempoh jaminan berbeza.
3.             Kenalpasti telefon tersebut sama ada set tulen (original) atau set A.P.
4.             Pastikan telefon bimbit dapat berfungsi dengan baik.
5.             Pastikan terdapat cop SIRIM, sticker ‘void’, barcode dan tarikh dikilangkan.
6.             Periksa nombor IMEI yang terdapat pada jurujual dan telefon adalah sama.  Cara menyemak IMEI, tekan butang *#06# pada telefon bimbit.
7.             Pastikan anda tidak dikenakan caj perkhidmatan sekiranya membeli menggunakan kad kredit.  Sekiranya ada, anda boleh membuat aduan.


(viii)  Tip-Tip Membeli Komputer Riba

1.            Kenalpasti spesifikasi komputer riba yang diperlukan, jika anda bercadang menggunakan untuk tujuan kerja dan pembelajaran, pilih spesifikasi yang tidak terlalu canggih agar harganya tidak terlalu tinggi.
2.            Merancang pembelian mengikut kemampuan anda.
3.            Membuat kajian atau mencari maklumat sebelum memutuskan jenis komputer riba yang ingin dibeli.
4.            Dapatkan senarai harga dan bandingkan mengikut spesifikasi dan jenama yang sama.
5.            Buat tinjauan terlebih dahulu sekiranya terdapat tawaran menarik bagi sesetengah jenama komputer riba.
6.            Jika boleh beli komputer riba ketika ada pameran komputer kerana promosi yang ditawarkan adalah jauh lebih menarik dari biasa.
7.            Pastikan perisian dan perkakasan komputer yang diberikan adalah tulen.
8.            Pastikan semua perkakasan lengkap sebelum meninggalkan premis.


(ix)    Tip-Tip Membeli Kamera Digital

1.            Rancang perbelanjaan
          Kenalpasti jenis kamera yang mampu dibeli berdasarkan bajet anda. Ini untuk mengelakkan anda membeli kamera yang melebihi kemampuan anda.
2.            Fungsi
Harga kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tambahan.  Pilih fungsi yang sesuai dengan kegunaannya.
3.            Keperluan megapixel
Merupakan petunjuk bagi mengetahui saiz gambar yang boleh  dicuci daripada saiz imej.  Semakin besar megapixel semakin tinggi harga kamera.
4.            Optical Zoom dan Digital Zoom
Optical zoom menjadikan gambar lebih berkualiti berbanding digital 20 cm namun harganya lebih mahal.
5.            Jaminan/waranti
Pastikan anda memahami dengan jelas jaminan yang diberikan.
6.            Bandingkan harga sebelum beli
                             Buat perbandingan harga antara jenama dan kedai.


(x)     Tip-Tip Mengendalikan Jurujual Jualan Langsung Di Rumah

(a)           Pastikan jurujual membawa kad pengenalan dan kad keahlian.
(b)           Jangan terburu-buru membuat keputusan untuk membeli.
(c)           Jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata jurujual.
(d)           Beranikan diri untuk berkata “TIDAK” jika tidak berhasrat untuk membeli.
(e)           Terma-terma pesanan hendaklah dibaca dengan teliti.
(f)            Hanya menandatangani perjanjian jika anda berasa benar-benar yakin.
(g)          Dapatkan salinan borang pesanan dan pastikan janji tersebut dikotakan.
(h)           Penghantaran barangan mestilah sama dengan perjanjian jika tidak laporkan segera pada syarikat berkaitan dan persatuan pengguna.
(i)            Jika anda rasa tidak berminat, jangan sertai keahlian syarikat jualan langsung kerana anda tidak mendapat kemudahan yang ditawarkan seperti bonus jualan dan lain-lain.
(j)            Tempoh bertenang bagi jualan langsung adalah 10 hari bekerja.  Ini bermakna, jika anda telah menandatangani perjanjian sebagai ahli atau membeli, dalam tempoh 10 hari:
a.           Anda boleh membatalkan perjanjian dan mendapatkan semula wang yang dibayar;

b.          Pihak jurujual tidak boleh menerima apa-apa pembayaran dan membuat penghantaran barangan
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH RANACO MARINE

AMBANG KEMERDEKAAN MUSICAL ...