Selasa, 23 Mei 2017

Topik Silibus Keusahawanan (WKP 6063) topik 5 - 8

Bab 5


tajuk :pengenalan kepada keusahawanan


     TUJUAN:

   Supaya pelajar-pelajar mendapat pendedahan awal dalam bidang keusahawanan                     merangkumi definisi, konsep, ciri-ciri dan kelebihan kerjaya dalam bidang keusahawanan.    Seterusnya secara tidak langsung pelajar dapat menilai potensi keusahawanan yang ada        dalam diri masing-masing serta melaksanakan etika dalam keusahawanan.

   PENERANGAN:

1.1   DEFINISI KEUSAHAWANAN

  Keusahawanan merujuk kepada satu proses menggabungkan sumber-sumber seperti       tanah, bahan mentah, tenaga manusia, modal, teknologi dan maklumat oleh usahawan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.

  Perbezaan antara usahawan dan peniaga ialah :

   
 USAHAWAN
PENIAGA

  • Aktiviti untuk keuntungan, sumbangan kepada masyarakat dan negara
  • Mementingkan keuntungan daripada aktiviti perniagaan
  • Cipta suatu yang baharu, buat pembaharuan produk untuk penuhi keperluan pelanggan
  • Hanya menjalankan aktiviti jual beli, tiada pembaharuan dan pengubahsuaian produk
  • Sanggup terima risiko untuk memajukan perniagaan
  • Kurang sanggup hadapi risiko oleh itu perniagaan tidak berkembang
  • Berpandangan jauh, cuba rebut peluang, bercita-cita tinggi, gigih dan yakin pada diri
  • Mudah berpuas hati dengan apa yang ada
  • Seorang usahawan  juga seorang peniaga
  • Seorang peniaga tidak semestinya seorang usahawan.


   1.2  KONSEP KEUSAHAWANAN

   
INISIATIF BERTERUSAN
MENGAMBIL RISIKO
MENDAPAT PULANGAN
MENGGEMBLENG SUMBER
Ø  Memulakan atau mencipta sesuatu yang baru dan terus mengembangkan usaha tersebut.
Ø  Perlu ada semangat dan wawasan yang tinggi serta idea yang logik, bernas dan dinamik.
Ø  Proses inisiatif berterusan merangkumi :

Peka kepada keperluan dan masalah masyarakat

Mengambil Inisiatif

Mencipta idea dan membuat inovasi

Memenuhi keperluan dan menyelesaikan masalah masyarakat























Ø  Berani menanggung risiko akibat ketidaktentuan permintaan ke atas barang yang dikeluarkan atau perniagaan yang dijalankan.
Ø  Risiko perlu diurus dengan baik.
Ø  Aktiviti yang dijalankan mestilah mendapat pulangan.
Ø  Pulangan – keuntungan yang diperoleh setelah   mengambil kira segala belanja operasi dan risiko yang munasabah.

Ø  Sumber diperlukan untuk menghasilkan produk bernilai bagi memenuhi keperluan pengguna.
Ø  Sumber keusahawanan terdiri daripada :

Tanah


Maklumat

Teknologi

Bahan Mentah

Sumber Manusia

Modal


  1.3 CIRI-CIRI USAHAWAN

Ciri utama usahawan merupakan set tingkahlaku yang menyumbang keatas kejayaan seseorang usahawan berjaya. Individu yang cenderung untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan perlu memahami profil usahawan berjaya, menghayati dan mengamalkan ciri utama usahawan berjaya.

CIRI-CIRI USAHAWAN
KETERANGAN

1.3.1  

KREATIF
§  Mempunyai kebolehan mencipta,  menghasilkan dan mengembangkan sesuatu produk atau idea baru dan asli

1.3.2  

INOVATIF
§  Kebolehan untuk melakukan pembaharuan atau pengubahsuaian untuk mempertingkatkan atau memperbaiki mutu sesuatu produk.

1.3.3  

BERTANGGUNGJAWAB
§  Usahawan harus mempunyai sikap tanggungjawab yang tinggi didalam segala urusan perniagaan terutama kepada para pelanggan.

1.3.4  

BERANI MENGAMBIL
RISIKO
§  Mesti berani menanggung risiko akibat ketidaktentuan permintaan keatas barang yang dikeluarkan/perniagaan yang dijalankan

1.3.5  

GIGIH
§  Usahawan cekal dalam menghadapi cabaran dan tidak akan mudah tergugat dengan sebarang masalah yang melanda.

1.3.6  

BIJAK MEREBUT
PELUANG

§  Peluang bermaksud kesempatan yang datang atau dicari untuk direbut dan dimanfaatkan oleh seseorang bagi mendapatkan hasil atau pulangan yang menguntungkan.
1.3.7  
BIJAK MENGURUS
KEWANGAN
§  Mahir menguruskan kedudukan kewangan agar mencapai matlamat kewangan bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.
1.3.8  
BERPANDANGAN JAUH
§  Memiliki wawasan yang jauh kehadapan melihat apa yang tidak dapat dilihat orang lain dan menjangka apa yang tidak dijangka orang lain.



1.4  KELEBIHAN KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA

Bidang keusahawanan kini merupakan salah satu bidang yang penting dalam industri Malaysia. Pendapatannya turut menyumbang kepada pembangunan negara. Suatu ketika dahulu bidang ini merupakan bidang yang dipilih sebagai kerjaya dan walaupun kepentingannya dilupa seketika pada waktu zaman berevolusi namun kini kesedaran umum akan kepentingan bidang keusahawanan membangkitkannya kembali.  
Faktor-faktor semasa turut menyumbang berlambaknya penawaran menjadi usahawan. Selain itu melihat kepada manfaat bidang keusahawanan kepada Negara tidak hairanlah jika ianya terus berkembang dari masa ke semasa. Hal ini kerana manfaatnya bukan terbahagi kepada sesekumpulan individu sahaja malahan segelinap masyarakat Malaysia.        
Antara kelebihan keusahawanan sebagai kerjaya ialah :


KELEBIHAN
KETERANGAN
1.4.1
PELUANG TIADA BATASAN
Kerjaya dalam keusahawanan tidak menghadkan bilangan individu untuk menceburkan diri dalam bidang ini
1.4.2
PEMILIKAN PERNIAGAAN
Usahawan mempunyai kawalan terhadap hala tuju perniagaan
1.4.3
PUNCA PENDAPATAN
Kedudukan kewangan merupakan satu pengukur kejayaan. Usahawan boleh memaksimumkan keuntungan dengan menggembleng sumber yang dimiliki dan menjadi pendorong untuk bekerja bersungguh-sungguh
1.4.4
MEMBAIKI STATUS DIRI DAN MASYARAKAT
Kedudukan kewangan seseorang usahawan meningkatkan reputasi dan statusnya di kalangan masyarakat
1.4.5
BOLEH DIWARISI
Perniagaan dapat diteruskan oleh waris walaupun usahawan telah meninggal dunia.



1.5  MENILAI POTENSI KEUSAHAWANAN DALAM DIRI
Menjalankan Ujian Kesesuaian Keusahawanan yang di uji dari segi :
NO.
KETERANGAN
YA
TIDAK
1.1
Adakah anda seorang yang berdikari & boleh memulakan pekerjaan sendiri tanpa banyak bergantung kepada bantuan orang lain?


1.2
Adakah anda sering merancang jauh kehadapan?


1.3
Adakah anda bersedia untuk bekerja lebih keras daripada sebelum ini dan melalui jam kerja yang lebih panjang tanpa jaminan gaji bulanan yang tetap?


1.4
Adakah anda mempunyai disiplin diri yang kuat?


1.5
Adakah anda bersedia membuat keputusan yang susah bersendirian?


1.6
Adakah anda suka bersaing?


1.7
Adakah anda sedar ada ketikanya nanti anda akan mengalami kebuntuan dan memerlukan bantuan luar?


1.8
Adakah anda boleh membuat keputusan sendiri?


1.9
Pernahkah orang lain meminta bantuan anda untuk membuat
keputusan?


1.10
Adakah anda bersedia untuk mendapatkan bantuan dari luar?


1.11
Adakah anda tahu di mana anda boleh mendapatkan bantuan?


1.12
Adakah anda suka berinteraksi dengan orang lain?


1.13
Mampukah anda berunding secara berkesan dengan orang lain?


1.14
Bolehkah anda bekerjasama dengan orang lain?


1.15
Adakah anda seorang pemimpin, motivator atau pegawai perhubungan yang berkesan?


1.16
Adakah anda bersedia untuk mewakilkan kuasa dan tanggungjawab kepada orang lain?


1.17
Adakah anda bersedia mengaku jika melakukan kesalahan?


1.18
Adakah anda menzahirkan imej professional kepada pelanggan anda?


1.19
Bolehkah orang mempercayai apa yang anda akan buat dan apa yang anda katakan?


1.20
Adakah anda mempunyai pengalaman mengurus?


1.21
Adakah anda mempunyai kemahiran teknikal yang perlu anda lakukan terhadap perniagaan anda?


1.22
Adakah anda mempunyai kemahiran perniagaan untuk menjalankan perniagaan anda itu?


1.23
Adakah anda pasti kekuatan dan kelemahan diri anda?


1.24
Adakah anda mempunyai rakan kongsi atau penasihat yang boleh memberi bimbangan kepada kelemahan anda?


1.25
Pernahkah anda bekerja atau terlibat dalam bidang perniagaan yang anda hendak mulakan?


1.26
Adakah anda telah melakukan penyelidikan yang menyeluruh tentang perniagaan anda?


1.27
Adakah anda banyak membaca tentang perniagaan anda dan industry berkaitan?


1.28
Adakah anda seorang pendengar yang baik?


1.29
Adakah anda sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan perkembangan orang yang di bawah jagaan anda?




PENILAIAN DIRI

Silajumlahkanbilangan "YA" yang andadapat:

1 – 10 :            Anda tidak mempunyai bakat semulajadi untuk menjadi seorang usahawan. Jika anda menceburkan diri juga, besar kemungkinan anda akan gagal di tengah jalan. Bukan itu sahaja, anda juga belum memiliki kemahiran menjadi seorang usahawan. Ringkasnya, anda belum bersedia menjadi seorang usahawan.
11 – 20 :          Anda ada bakat menjadi seorang usahawan tetapi memerlukan lebih banyak dorongan dan bimbingan. Anda juga telah memiliki kemahiran keusahawanan. Ini banyak membantu anda untuk berjaya
21 – 30 :          Anda sudah layak menjadi seorang usahawan. Penglibatan dan pengalaman anda dalam bidang keusahawanan juga agak meluas. Anda juga mempunyai watak semulajadi seorang usahawan.


1.6  ETIKA KEUSAHAWANAN

Etika keusahawanan merupakan nilai yang merangkumi peraturan yang baik atau sebaliknya dalam sesuatu etika keusahawanan. Ia merupakan piawaian perlakuan atau nilai moral yang diterima umum oleh masyarakat, agama dan Negara berkaitan aktiviti keusahawanan.
Ciri baik yang diterima secara universal yang ada dalam diri seseorang usahawan. Nilai moral baikini mendorong usahawan mengambil tingkahlaku yang beretika semasa menjalankan transaksi perniagaan sama ada menjalankan transaksi perniagaan dengan pelanggan atau syarikat lain.
Etika keusahawanan meliputi kepada beberapa prinsip iaitu:

1.6.1  Prinsip Kemudaratan
Ø  Prinsip ini membawa maksud perniagaan tidak boleh menyebabkan kemudaratan. 
Contoh:  Usahawan menjual buah-buahan  yang segar dan berkualiti atau menjual susu segar yang belum tamat tempoh agar tidak mendatangkan kemudaratan.
Ø  Selain itu, perlu menjaga kesejahteraan masyarakat, persekitaran dan aspek fizikal serta emosi individu.
Contoh:  tidak membuang sisa minyak kenderaan di sungai / kawasan terbuka (pencemaran air dan udara).
Ø  Perniagaan juga tidak menyalahguna kuasa dan sumber dengan sewenang-wenangnya.

1.6.2    Prinsip Keadilan
Ø  Prinsip ini menekankan bahawa usahawan mesti melayan manusia lain dengan adildan saksama 
Ø  Perniagaan yang dijalankan juga perlu adil dalam amalannya.
Contoh:  timbangan yang betul/tepat.
Ø  Dalam erti kata lain perniagaan tidak boleh menindas
Ø  Serta tidak pilih kasih walaupun berlainan bangsa.




1.6.3  Prinsip Hak Manusia
Ø  Prinsip ini menekankan perniagaan patut menghormati hak manusia. 
Contoh: Tidak menjalankan perniagaan burung walit berdekatan dengan premis kediaman (pencemaran bunyi)
Ø  Iaitu dengan menghormati hak orang lain
Ø  Serta tidak menghalang hak orang lain

1.6.4    Prinsip Autonomi
Ø  Prinsip ini menjelaskan perniagaan tidak boleh menafikan hak memilih individu
Ø  Iaitu dengan menghormati cara hidup orang lain
Ø  Serta menghargai kepelbagaian manusia

1.6.5    Prinsip Ketelusan
Ø  Prinsip ini membawa maksud perniagaan yang dijalankan tidak mengelirukan masyarakat
Ø  Ini meliputi tiada unsure penipuan
Contoh:  tiada kos tersembunyi dalam pembelian barang-barang.
Ø  Serta menyatakan yang benar.
Contoh: tiada fakta palsu / tersembunyi dalam kontrak perjanjian 



Bab 6


tajuk : pengenalan kepada rancangan perniagaan


  TUJUAN:

Supaya pelajar-pelajar mendapat pendedahan awal dalam mengenai unsur-unsur yang perlua ada di dalam Rancangan Perniagaan yang mengikut standard piawaian institusi kewangan dan bank sebelum memulakan sesebuah perniagaan bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan.


  PENERANGAN:

2.1  DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN
Satu pelan induk yang menunjukkan langkah yang akan di ambil untuk memulakan dan memajukan perniagaan. Merupakan dokumen yang mengandungi maklumat terperinci berkaitan perniagaan atau projek yang akan dilaksanakan. Dokumen ini terdiri daripada analisis, ramalan dan strategi pelaksanaan perniagaan.  

  2.2  TUJUAN DAN KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN
2.2.1 Garis panduan untuk menguruskan perniagaan
Menjadi garis panduan kepada usahawan tentang langkah yang akan dilaksanakan.

2.2.2  Menilai dan mengkaji prestasi perniagaan
Membolehkan penilaian dibuat tentang kejayaan atau kegagalan sesuatu   perniagaan
Mengetahui kekuatan, kelemahan dan potensi perniagaan diceburi
Dapat meningkatkan prestasi dan mengelak daripada melakukan kesilapan.
Meminimumkan pembaziran, penyelewengan dan kerugian

2.2.3  Memudahkan kawalan
Aktiviti perniagaan yang telah dirancang mengikut jadual tertentu, kawalan lebih mudah dilakukan.
Jika menyimpang, siasatan dan analisis dapat dilakukan dan pembetulan bolehdibuat.

2.2.4   Memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan
Meyakinkan dan mendapatkan kepercayaan semua pihak yang mempunyai kepentingan seperti bank, pemiutang dan pelabur.

2.2.5   Memaksimumkan sumber untuk meningkatkan produktiviti
Sumber seperti wang, modal, mesin dan manusia boleh digunakan secara optimumsupaya setiap sumber boleh memberi sumbangan yang maksimum.
Penjadualan kerja disediakan bagi mengelakkan pembaziran masa dan sumber







Bab 8


tajuk : rancangan eksekutif



TUJUAN   :

Supaya pelajar dapat menyediakan ringkasan eksekutif yang ringkas, padat dan mudah difahami bagi mendapat perhatian dan keyakinan pelbagai pihak terhadap keseluruhan rancangan perniagaan.


1.    PENERANGAN:

Ringkasan eksekutif adalah perkara paling penting dan ia perlu ditulis secara teliti dan berkesan.  Ia merupakan ringkasan kepada idea atau rancangan yang ingin dikemukan. Ia hendaklah ringkas, padat, jelas dan menarik.  Ia mestilah mudah dibaca dan difahami bagi mendapatkan perhatian dan menyakinkan pelbagai pihak terhadapat rancangan perniagaan.

2.    BUTIR-BUTIR DALAM RINGKASAN EKSEKUTIF.

2.1  TUJUAN
Menetapkan tujuan yang hendak dicapai dan dinyatakan dengan jelas dan sesuai dengan kemampuan atau kebolehan usahawan. Tujuan selalunya dinyatakan secara am untuk menentukan arah tuju atau pergerakkan masa hadapan sesuatu perniagaan. Sebagai langkah permulaan dalam sesuatu rancangan perniagaan, tujuan hendak dicapai perlu ditetapkan. Tujuan perniagaan ialah apa yang hendak dicapai oleh usahawan dalam jangka masa tertentu.

2.2  DEFINISI PERNIAGAAN
Definisi perniagaan menjelaskan perniagaan dan sasaran pasaran bagi produk.  Penerangan ini perlu menjelaskan tentang perbezaan serta kelebihan antara produk usahawan dengan produk pesaing. Usahawan perlu jelas tentang pentingnya produk ini dalam pasaran.

2.3  PANDANGAN MENYELURUH
Bahagian ini merupakan gambaran awal untuk menyakinkan pihak luar memahami perjalanan perniagaan yang diceburi.  Segala kekuatan dan kemungkinan untuk terus wujud dalam pasaran perlu ditonjolkan dengan menyatakan kejayaan-kejayaan lepas yang pernah dicapai dan boleh membantu meningkatkan imej perniagaan.

2.4  CIRI-CIRI
Ringkasan eksekutif disediakan hendaklah ringkas, padat dan jelas dan mempunyai daya tarikan. Disamping itu, ia mestilah mudah difahami dan dibaca.

2.5  KEPERLUAN KEWANGAN
Usahawan perlu menjelaskan sumber kewangan yang diperoleh serta menyatakan ramalan kewangan untuk tiga tahun pertama beroperasi, pelaburan yang akan dibuat dan pinjaman jangka panjang untuk perkembangan perniagaan.

2.6  PERTUMBUHAN
Usahawan perlu menyediakan maklumat tentang operasi syarikat yang akan dijalankan. Oleh itu, langkah-langkah yang perlu diambil perlu diterangkan untuk memastikan perlaksanaan rancangan perniagaan berjalan lancar. Penjelasan perancangan startegik dan aktiviti-aktiviti perniagaan akan member jaminan pulangan ke atas pelaburan yang telah dilakukan.





























 












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH RANACO MARINE

AMBANG KEMERDEKAAN MUSICAL ...