Khamis, 25 Mei 2017

Topik Silibus Keusahawanan (WKP 6063) - Topik 9


Bab 9

TAJUK:  DESKRIPSI PERNIAGAAN

TUJUAN   :
Supaya pelajar dapat menyediakan deskripsi perniagaan yang diterima dan bersesuian dengan kehendak pengguna luar dengan menyatakan jenis produk, cara dan jumlah yang akan dikeluarkan oleh organisasi, liputan serta syer pasaran yang dijangka.

1.    PENERANGAN:

Deskripsi perniagaan adalah penjelasan mengenai produk, cara dan jumlah yang akan dikeluarkan oleh organisasi.  Oleh itu, usahawan perlu mengeluarkan produk yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak pengguna, berkualiti dan dapat diperbaiki dari masa ke semasa.

2.        PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIJELASKAN DALAM DESKRIPSI PERNIAGAAN.

Usahawan perlu menyatakan jenis produk, cara dan jumlah yang akan dikeluarkan oleh organisasi. Ia juga perlu menyatakan liputan dan syer pasaran yang akan dijangka oleh organisasi.

Oleh itu, usahawan perlu:
a.    Menjelaskan produk yang sedang dipasarkan atau yang dirancang untuk dipasarkan.
b.    Menyatakan anggaran harga seunit setiap produk.

c.    Menyatakan anggaran kuantiti dikeluarkan sebulan dan anggaran jumlah jualan sebulan.

d.    Menjelaskan kebaikan produk, kegunaan, spesifikasi, pembungkusan, reka bentuk, keistimewaan dan faedah yang boleh diperolehi oleh pelanggan.

e.    Menyatakan perlindungan undang-undang untuk setiap produk.

f.     Menyatakan kelulusan daripada pihak-pihak tertentu sama ada telah diperolehi atau tidak untuk menjual produk tersebut


JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memberi pengesahan status halal kepada makanan dan barangan gunaan Islam di Malaysia. 
Bagi Memenuhi perkembangan pesat industri makanan halal di Negara ini dan keperluan semasa umat islam, maka pada tahun 2002 JAKIM telah mewujudkan satu bahagian baru yang dinamakan sebagai Bahagian Makanan Dan Barangan Gunaaan Islam untuk menguruskan aktiviti yang berkaitan dengan pengesahan halal kepada makanan dan produk gunaan Islam.

Logo Halal

SIRIM (Standard & Industrial Research Institute of Malaysia)
Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau SIRIM Berhad (Standard & Industrial Research Institute of Malaysia) ialah sebuah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia.
SIRIM ditubuhkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada tahun 1975 di bawah Akta SIRIM (Incorporation) 157. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam pelbagai disiplin terutamanya teknologi di Malaysia.



Logo SIRIM

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Kementerian Kesihatan Malaysia memainkan peranan penting dalam memberi panduan kesihatan kepada warga di Malaysia, ia termasuklah mengenai pengeluaran produk-produk di pasaran.  Sekiranya sesuatu produk herba ingin dipasarkan di Malaysia, ianya perlu berdaftar dengan pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) terlebih dahulu. Pendaftaran produk adalah tertakluk kepada pematuhan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, ‘Drug Registration Guidance Document’ (DRGD Appendix 12).
            Manakala bagi produk herba pula, ia boleh diklasifikasikan dalam kategori produk tradisional dan suplemen kesihatan. Proses klasifikasi produk yang dijalankan secara percuma. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah hanya akan mendaftar produk yang berkesan, selamat dan berkualiti. Sekiranya didapati maklumat yang dikemukakan semasa permohonan pendaftaran tidak memuaskan, ia boleh menyebabkan permohonan pendaftaran produk ditolak.
            Semua produk kosmetik perlu bernotifikasi dengan pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) sebelum produk tersebut boleh diimport/dikilangkan dan dipasarkan di Malaysia.  Maklumat mengenai status keselamatan produk kosmetik yang selamat dan bernotifikasi dengan BPFK.
            Bagi produk makanan pula, tidak perlu berdaftar dengan KKM. Walau bagaimanapun produk makanan perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Perkhidmatan Pensijilan yang dijalankan di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan termasuklah:
Skim Pensijilan:
                              1.      Skim Pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP)
                              2.      Skim Pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) Untuk Dapur Hospital Kerajaan
                              3.      Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik / Good Manufacturing Practice (GMP)
                              4.      Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)
                              5.      Pengiktirafan BeSS - "Bersih, Selamat dan Sihat" Bagi Pengusaha Premis Makanan
Pengeluaran Sijil-Sijil Eksport:
1.        Sijil Kesihatan (Mengikut Jenis Makanan & Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah)
2.        Sijil Non-Genetically Modified Food (GMF)
3.        Sijil Penjualan Bebas 
4.        Sijil Akuan Kandungan Melamine

      

Logo Pensijilan (HACCP, GMP, MeSTI, BeSS)



3.    CONTOH PENYEDIAAN DESKRIPSI PERNIAGAAN

Kelebihan dan Kelemahan Perniagaan / Produk Berbanding dengan Pesaing

Kelebihan
Kelemahan













Penerangan mengenai ciri-ciri produk yang dikeluarkan

Ciri-ciri
Produk yang dihasilkan
Jenis produk / perkhidmatan yang ditawarkan

Harga seunit

Anggaran kuantiti yang dikeluarkan  (unit)

Anggaran jumlah jualan (unit)

Anggaran jumlah jualan (RM)

Keistimewaan Produk

Kegunaan produk

Pembungkusan dan rekabentuk

Kelulusan

Perlindungan














































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH RANACO MARINE

AMBANG KEMERDEKAAN MUSICAL ...