Khamis, 25 Mei 2017

TOPIK SILIBUS WKP6063- CHAPTER 10

Bab 10 

TAJUK:  RANCANGAN PENGELUARAN

TUJUAN   :

Supaya pelajar dapat menyediakan rancangan perniagaan yang mempunyai rancangan pengeluaran yang menjelaskan tentang produk, proses pengeluaran, operasi pengeluaran ,lokasi pengeluaran, bahan mentah, tenaga kerja dan perbelanjaan rancangan pengeluaran.

1.    PENERANGAN:

Rancangan pengeluaran perlu dijelaskan di dalam rancangan perniagaan.  Ia meliputi aktiviti dalam menghasilkan produk  yang dapat memuaskan keperluan dan kehendak manusia. Produk yang dihasilkan mempunyai nilai faedah. Rancangan pengeluaran juga meliputi proses menukar bahan mentah kepada barang siap. 

                  Maklumat yang perlu ada dalam rancangan pengeluaran ialah tentang produk, proses pengeluaran, operasi pengeluaran, lokasi pengeluaran, bahan mentah, tenaga kerja dan perbelanjaan rancangan pengeluaran.
  
2.    PRODUK
Produk merupakan apa sahaja yang boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan, samada barangan atau perkhidmatan. 

2.1          Usahawan perlu mengenalpasti jenis produk yang hendak dikeluarkan dan menentukan jumlah keluaran mengikut tempoh seperti anggaran kuantiti dikeluarkan sehari, sebulan, setahun atau untuk tempoh tiga hingga lima tahun.

Bagi organisasi yang mengeluarkan pelbagai jenis produk, penjelasan terperinci mengenai setiap produk diperlukan. Ia termasuklah menyatakan keperluan setiap produk terutamanya bagi produk-produk yang baru wujud atau yang belum ada di pasaran.

2.2          Anggaran pengeluaran

Kebiasaanya satu-satu pengeluaran itu beroperasi pada kadar yang kurang daripada kapasiti sekiranya permintaan pelanggan tidak tinggi.  Bagaimanapun kapasiti minimum yang perlu diketahui oleh pengeluar di mana kawalan kos dapat dilakukan. Semakin sedikit output semakin meningkat kos.

Oleh itu, unit pengeluaran atau masa operasi mestilah dapat dipastikan:

                                  i.        Anggaran pengeluaran perlu selaras dengan ramalan jualan yang telah dinyatakan dalam Rancangan Pemasaran.
                                 ii.        Hasil operasi dalam unit produk pengeluaran atau jam operasi perkhidmatan mengikut kesesuaian projek perlu dinyatakan.


                     Contoh:

                      1. Masa bekerja bagi satu operasi:

               Kerja bermula dari pukul                                 08.00 pg.  - 12.30 tgh
               Waktu malam                                                  12.30 tgh. – 1.30 ptg
               Kerja semula                                                   1.30 ptg – 5.00 ptg

               Jumlah kerja sehari 8 jam termasuk waktu rehat dan minum.

                     2. Senarai Asas Kemampuan Pengeluaran Alat Jentera Bagi Pencelupan 
                         Tayar
          a)    Inspection Spreader                           6 biji sejam
          b)    Tyre Buffer                                          3 biji sejam
          c)    Tread Builder                                      3 biji sejam
          d)    Electric Curing Chamber                    3 biji sejam                 
 




















3.    PROSES PENGELUARAN / OPERASI

Dalam rancangan pengeluaran, proses pengeluaran perlu menyatakan langkah-langkah utama dalm proses pengeluaran atau penyediaan perkhidmatan yang akan ditawarkan oleh perniagaan.

Pendekatan penerangan adalah dengan cara mengkoordinasi sumber-sumber yang diperlukan dalam menghasilkan output yang terakhir yang akan diedarkan atau diserahkan kepada pelanggan.

                              Contoh bentuk penyediaan proses pengeluaran/operasi

Proses Operasi: Aktiviti Operasi Pengeluaran Biskut




4.    OPERASI PENGELUARAN

Operasi pengeluaran perlu menyatakan terknik pengeluaran yang digunakan sama ada secara manual atau menggunakan teknologi terkini.

 Kepentingan perancangan pengeluaran
·         Mengetahui produk yang dikeluarkan, jumlah dan lokasi produk dikeluarkan
·         Kaedah pengeluaran yang digunakan
·         Menentukan jumlah unit dikeluarkan dalam sebulan/setahun
·         Merancang kuantiti mengikut penjadualan keseluruhan
·         Memastikan proses pengeluaran berjalan lancer
 Tiga cara untuk mengendalikan proses pengeluaran
·         Pengendalian bahan
Proses menggabung/membahagikan bahan
·         Penggunaan masa
Proses pengeluaran mengikut masa samada pengeluaran berterusan atau mengikut keperluan
·         Penggunaan tenaga pekerja
Proses pengeluaran menggunakan intensif buruh(tenaga manusia) atau intensif modal(penggunaan mesin)
Kepentingan pengeluaran ialah:
·         Membolehkan pelbagai produk dihasilkan
·         Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
·         Meningkatkan aktiviti perniagaan dalam dan luar negara
·         Meningkatkan taraf hidup rakyat
·         Merangsang kegiatan perniagaan dan membangunkan negara

5.1               Mesin dan Peralatan

Usahawan perlu menyenaraikan mesin dan peralatan yang digunakan dan diperlukan berserta harga belian selaras dengan keperluan pengeluaran perniagaan.  Disamping itu, usahawan perlu menyenaraikan maklumat lain seperti jenis dan modal mesin dan peralatan yang digunakan serta kegunaan dan kapasitinya. Harga seunit mesin dan peralatan tersebut perlu dinyatakan berserta pembekal mesin dan peralatan berkenaan.


5.2               Susun atur ruang operasi pengeluaran

                          i.    Lukiskan susun atur runag operasi perniagaan dengan menyatakan faktor-faktor utama yang diambil kira dalam menyusun atur semua keprluan dan kelengkapan dalam ruang operasi tersebut.

                         ii.    Susun atur perlu disesuaikan dengan keperluan pengeluaran atau perniagaan yang biasanya mengandungi seksyen kerja, bilik peralatan, ruang pejabat, stor, surau, tandas dan lain-lain.

                        iii.    Mesin, peralatan dan pekerja dalm ruang operasi mestilah disusun serta berkeadaan:
a.    Licin dan lancar
b.    Efisien
c.    Selamat
d.    Selesa

                        iv.        Faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam susun atur ruang operasi.

a.    Aturkan mesin, peralatan dan kawasan kerja supaya bahan mentah dapat bergerak secara licin dan lancar dalam laluan yang lurus.  Dalam perniagaan berbentuk perkhidmatan, aturan di ruang operasi mesti memudahkan pelanggan untuk berurusan
b.    Elakkan sebarang kelewatan yang menyebabkan produk separa siap terpaksa menunggu proses seterusnya.
c.    Rancangkan supaya produk keluaran yang berbeza tidak bercampur aduk.
d.    Kurangkan perpindahan bahan supaya proses pengeluaran dapat dijalankan dengan lebih efisien bagi mengelakkan pembaziran
ü  Gunakan sebaik mungkin setiap kaki persegi ruang operasi.
ü  Wujudkan keadaan penyeliaan yang efektif.
ü  Wujudkan kawasan kerja yang kondusif bagi memudahkan kerja penyelenggaraan.


Contoh Susun Atur Pejabat

6.    LOKASI PENGELUARAN

Nyatakan kedudukan lokasi:
              i.        Lokasi kilang.
             ii.        Lokasi operasi.
            iii.        Status sama ada disewa. Kos ubahsuai dan lain-lain kos.

Jika pejabat pentadbiran dan kilang atau tapak operasi berada dilokasi berlainan, ia juga perlu dinyatakan di lokasi pengeluaran.


Contoh Lokasi Pengeluaran


7.    BAHAN MENTAH

Bahan mentah adalah bahan yang digunakan secara langsung dalam penyediaan atau pengeluaran sesuatu produk.  Contohnya seperti industi pembuatan mee akan menggunakan tepung terigu dalam membuat mee.  Oleh itu bahan mentah bagi indistri pembuatan mee adalah tepung terigu.

Oleh itu, senarai bahan mentah atau barang niaga yang diperlukan di setiap langkah proses perlu dinyatakan:

              i.        Senarai ini harus dilengkapkan dengan harga belian seunit bahan serta nama dan alamat pembekal.
             ii.        Nyatakan sama ada pembelian tersebut dibuat dalam bentuk tunai atau kredit.
            iii.        Jumlah stok simpanan boleh dinyatakan sebahagian daripada pembelian bulanan atau sebagai sebahagian daripada jumlah belian setahun.

Berikut adalah contoh senarai bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk pengeluaran 40 kg kerepek pisang :

Bahan mentah
Kuantiti (KG/G)
Harga (RM)
Pisang tanduk
60.5 kg
54.45
Garam halus
1.2 kg
0.72
Minyak kelapa sawit
17.0 kg
26.01
Bahan anti pengoksidaaan
4.0 kg
6.64
JUMLAH

RM 87.82

8.    SUMBER TENAGA KERJA

Senarai jawatan dan bilangan pekerja bagi bahagian pengeluaran atau operasi perlu dinyatakan.

8.1               Jawatan dan Bilangan Pekerja

Sekiranya perniagaan mempunyai tenaga kerja yang ramai dan pembahagian tugas antara pentadbiran dan operasi adalah jelas, maka senarai tenaga kerja ini perlu diasingkan, di antaranya ;
                      i.        Jawatan yang mesti wujud dalam aktiviti pengeluaran tersebut.
                     ii.        Bilangan pekerja untuk setiap jawatan berkenaan.

8.2               Spesifikasi Tugas
Huraian tugasan atau tanggungjawab utama bagi setiap jawatan perlu juga dinyatakan dan ini mestilah selaras dengan setiap langkah dalam proses pengeluaran yang telah diterangkan terlebih dahulu.

8.3               Imbuhan gaji dan ganjaran
Imbuhan, gaji atau lain-lain ganjaran bulanan, mingguan atau harian bagi setiap jawatan atau pekerja termasuk caruman KWSP dan PERKESO yang berkaitan mesti juga dinyatakan.

Berapa bilangan pekerja akan mempengaruhi masa operasi mahupun waktu pengeluaran bagi setiap pengeluaran.

              CONTOH PENGIRAAN BILANGAN PEKERJA

   Bilangan Pekerja yang Diperlukan:
  1. Bilangan Pekerja Diperlukan
=         Piawaian Masa                    x       Kadar Pengeluaran
Menghasilkan Seunit                    Dirancang
Keluaran

Contoh:
Koperasi Wanita Gigih Usaha Bhd.
Projek Kedai Jahit
Cadangan Pengeluaran                  = 200 pasang baju kurung sehari
Masa menjahit sepasang baju        = 32 minit
Jam produktif pekerja                      = 6 jam
Bilangan pekerja yang Diperlukan   = ?

Pengiraan:
Bilangan pekerja                  =          32 minit x 200 pasang
                                                                    6 jam x 60 minit
  =          17.7
  =          18 orang
 

8.4  Contoh Sumber Tenaga Kerja

TENAGA PEKERJA OPERASI/PENGELUARAN


Contoh Sumber Tenaga Kerja Pengeluaran/Operasi

9.    ANGGARAN PERBELANJAAN OPERASI / PENGELUARAN

Kenalpasti kos pengeluaran yang terlibat dalam rancangan operasi dan jumlahkan mengikut kategori-kategori berikut:
·         Kos overhed
·         Perbelanjaan Aset Tetap
·         Perbelanjaan Bulanan
·         Lain-lain Perbelanjaan

Contoh Perbelanjaan Aset , Bulanan dan Lain-lain perbelanjaan



Contoh Anggaran Perbelanjaan Bulanan Bagi Satu Operasi


               
               Contoh Anggaran Perbelanjaan Operasi/Pengeluaran bagi Sebulan dan Setahun

JENIS
SUSUT NILAI (RM)
PSN
(RM)
SEBULAN (RM)
SETAHUN (RM)
ASET BUKAN SEMASA:
























LAIN-LAIN PERBELANJAAN:





























JUMLAH






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN OLEH RANACO MARINE

AMBANG KEMERDEKAAN MUSICAL ...